Ahmad bin al-Husain bin Ahmad al-Ashfahani adalah ringkasan fiqh mazhab
Syafi’i yang terkenal. Al-Azhar telah menjadikan kitab al-Iqna’ fi Hall Alfadzh
Abi Syuja’ karangan al-Imam al-Khathib al-Syirbini yang merupakan syarah kepada
Matan Abi Syuja’ tadi sebagai sukatan pelajaran bagi pelajar peringkat
sekolah.
al-Imam Abu Syuja’ telah mempelajari mazhab Syafi’i lebih dari
40 tahun. al-Imam al-Silfi berkata: beliau adalah antara orang-orang yang
tunggal (dari segi kehebatan, kepandaian, ketokohan, dan sebagainya) pada
zamannya. Abu Syuja’ telah diberi umur yang panjang sehinggakan al-‘Allamah
al-Dairabi pun mengatakan bahawa beliau pernah hidup selama 160 tahun. Beliau
meninggal di al-Madinah al-Munawwarah pada tahun 593 Hijrah.
Matan Abi
Syuja’ telah disyarah oleh ramai ulama. Antaranya:
– Al-Imam Abu Bakr bin
Muhammad al-Hushni (829 H) dengan kitab Kifayah al-Akhyar
– Al-Imam Ahmad
al-Akhshashi (889 H); Syarh Mukhtahsar Abi Syuja’
– Al-Imam Muhammad bin
Qasim al-Ghazzi (918 H); Fath al-Qarib al-Mujib
– Al-Imam Ahmad bin Muhammad
al-Manufi (931 H); al-Iqna’
– Al-Imam Waliyy al-Din al-Bashir (972 H);
al-Nihayah fi Syarh al-Ghayah
– Al-Imam al-Khathib al-Syarbini; telah
disebutkan
– Al-Imam Ahmad bin al-Qasim al-‘Abbadi (994 H); Kasyf al-Ghaffar
bi Kasyf Mukhabba’at Ghayah al-Ikhtishar.
Rujukan: pendahuluan Mukhtahsar
Abi Syuja’ al-Musamma Matan al-Ghayah wa al-Taqrib fi al-Fiqh al-Syafi’i oleh
al-Imam Abu Syuja’, cetakan ketiga, tahun 1428H/2007M, Dar al-Salam, Mesir.
http://archive.org/details/KajianFiqihKitabAl-ghayahWaAl-taqribMatanAbiSyuja
a. matan kitab
b. tadzhib matan

, Terimakasih telah mengunjungi Keimanan.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.