عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رِوَايَةً الْفِطْرَةُ خَمْسٌ أَوْ خَمْسٌ مِنْ الْفِطْرَةِ الْخِتَانُ وَالِاسْتِحْدَادُ وَنَتْفُ الْإِبْطِ وَتَقْلِيمُ الْأَظْفَارِ وَقَصُّ الشَّارِبِ
Daripada Abu Hurairah secara periwayatan, (sunnah-sunnah) fitrah itu ada lima, atau lima dari sunnah-sunnah fitrah, iaitu; berkhitan, mencukur bulu kemaluan, mencabut bulu ketiak, memotong kuku dan mencukur kumis.” (HR Bukhari No: 5439) Status Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Islam menuntut umatnya sentiasa bersih
2. Antara amalan sunah yang menjadi fitrah agar dibersihkan:
a. Berkhatan
b. Mencukur bulu kemaluan
c. Mencabut bulu ketiak
d. Memotong kuku
e. Mencukur misai
3. Amalan ini bertujuan menjaga kesihatan, penampilan, serta mencegah penyakit. Contohnya, mencukur bulu ketiak dan bulu di kawasan kemaluan akan membantu menghindari bakteria dan bau yang kurang menyenangkan.
4. Jangan biarkan ianya tidak dibersihkan dalam tempoh yang lama. Anas bin Malik R.A meriwayatkan hadis Nabi SAW:
وُقِّتَ لَنَا فِي قَصِّ الشَّارِبِ وَتَقْلِيمِ الأَظْفَارِ وَنَتْفِ الإِبْطِ وَحَلْقِ الْعَانَةِ أَنْ لاَ نَتْرُكَ أَكْثَرَ مِنْ أَرْبَعِينَ لَيْلَةً
Maksudnya: Ditetapkan waktu buat kami pada memotong misai, memotong kuku, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu kemaluan, agar kami tidak membiarkannya lebih dari empat puluh malam. (HR Muslim no: 258)
5. Melakukan amalan ini dengan niat memenuhi sunnah Rasulullah SAW adalah satu ibadah yang mendatangkan pahala. Ia juga merupakan cara kita memuliakan diri yang dianugerahkan oleh Allah.
6. Dengan menjaga kebersihan, bukan sahaja tubuh menjadi sihat dan bersih, tetapi ia juga mencerminkan ketaatan kepada Allah SWT. Oleh itu, setiap Muslim perlu mengamalkan sunnah ini sebagai sebahagian daripada kehidupan harian.
, Terimakasih telah mengunjungi Keimanan.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.