Hadis

Kitab Fath al-Bariy (فتح الباري)

Kitab Fath al-Bariy
bi Syarh Shahih al-Bukhari
( فتح الباري في شرح
صحيح البخاري )
ini adalah karya al-Imam al-Hafizh Abu al-Fadhl Ahmad bin Ali bin Muhammad bin Muhammad bin Hajar al-Asqalani al-Mishri. Beliau dilahirkan tahun 773 dan
wafat tahun 852 H. Kitab Fathul Bari ini adalah kitab syarah Shahih al-Bukhari
yang paling baik dan paling lengkap.

Dalam kitab ini,
al-Hafizh
Ibn
Hajar al-‘Asqalani
menjelaskan masalah bahasa dan i’rab
dan meng
huraikan masalah penting yang tidak ditemui dalam kitab lainnya, juga menjelaskan dari segi balaghah dan sasteranya, mengambil hukum-hukum serta memaparkan berbagai masalah yang
diperdebatkan oleh para ulama, baik menyangkut fiqih maupun ilmu kalam secara
terperinci dan tidak memihak. Di
samping itu, dia
mengumpulkan seluruh sanad hadits dan menelitinya, serta menerangkan tingkat
keshahihan dan kedhoifannya. Semua itu menunjukkan keluasan ilmu dan
penguasaannya mengenai kitab-kitab hadits.

Fathul Bari
mempunyai muqaddimah yang bernama
 Hadyu al-Sari (هدي الساري). Muqaddimah ini amat
tinggi nilainya. Seandainya ia ditulis dengan tinta emas, maka emas itu belum
sebanding dengan tulisan itu. Sebab ia merupakan kunci untuk memahami Shahih
al-Bukhari. Kitab ini selesai ditulis tahun 813 H.

Ketika al-Hafizh
Ibn Hajar
al-Asqalani mulai menulis kitab syarahnya, pada mulanya huraian dan pembahasan direncanakan akan ditulis panjang lebar dan terperinci,
namun
beliau
khawatir bila ada halangan untuk menyelesaikannya, yang
mengakibatkan kitab itu selesai namun tidak sempurna. K
erana itu beliau menulis kitab syarah tersebut dengan cara sederhana yang
diberi nama Fathul Bari.

Penulisan kitab ini
menghabiskan waktu seperempat abad. Di
mulai tahun 817 H
dan selesai 842 H. Maka tidak mengh
airankan bila kitab
itu paling
baik, teliti dan sempurna. Selain itu, penulisannya dilakukan oleh penyusunnya
dengan penuh keik
hlasan. Setelah
selesai menulis kitab syarah tersebut, al-
Asqalani
mengadakan resepsi agung dihadiri tokoh-tokoh Islam dengan
perbelanjaan
sebanyak
500 dinar atau sekitar 250 pound Mesir. Kitab ini selalu
mendapatkan sambutan hangat dari para ulama, baik pada masa dulu maupun
sekarang, dan selalu menjadi kitab rujukan.

al-Allamah Syaikh Muhammad bin Ali al-Syaukani
(
1255H), penulis kitab Nailul Authar (نيل الأوطار), ketika diminta menulis kitab syarah bagi Shahih al-Bukhari, ia mengagumi Ibnu Hajar al-‘Asqalani, dia mengutip sebuah hadits “La hijrah ba’dal fathi’”
(Tidak ada hijrah setelah penaklukan Makkah). Dia meminjam istilah dari hadits
tersebut sebagai ungkapan bah
awa tidak ada kitab syarah Shahih al-Bukhari yang melebihi Fathul Bariy.

al-Allamah Ibnu Khaldun dalam al-Muqaddimah-nya mengutip perkataan guru-gurunya yang mengatakan, “Mensyarah Shahih al-Bukhari adalah tugas yang dibebankan kepada umat
ini
”. Ucapan ini secara pasti dinyatakan sebelum adanya Fathul Bari. Dengan
demikian
al-Hafizh
Ibnu Hajar telah menunaikan tugas yang menjadi tanggungan
umat ini.

Keistimewaan Kitab Fath al-Bariy

Terdapat beberapa keistimewaan yang terdapat dalam karya agung ini. Antaranya
ialah:-

  1. Beliau berjaya mengumpulkan turuq al-hadith dan
    riwayat-riwayatnya .Ini dapat membantu untuk membuat tarjih dari sudut makna
    , ‘irāb dan
    feqh.
  2. Beliau berusaha bersungguh-sungguh
    menjelaskan hubungkait hadith dengan terjamah
    al-bab
    ,dan tujuan serta maksud al-Bukhari dalam mendatangkan terjamah al-bab berkenaan.
  3. Kitab ini juga menghidangkan faedah-faedah
    feqh yang penting.Pendekatan ini sangat membantu pembaca untuk mengaitkan
    sesuatu hukum dengan dalil-dalilnya.
        
  4. Beliau juga mengulas isu-isu al-isnād dan
    periwayat-periwayat hadith .
        
  5. Beliau juga memaparkan nilai-nilai sastera
    dan isu –isu al-balaghah , wujuh al-‘irāb
    dan
    perbincangan bahasa.
        
  6. Dalam menghuraikan sesuatu hadith dalam
    sahih , Ibnu Hajar merujuk kepada berbagai bab dalam sahih dan juga
    kitab-kitab hadith yang lain. Juga menyebut beberapa individu yang
    berautoriti sebagai perawi hadith.
  7. Ibnu Hajar juga merekod berbagai teks
    hadith yang diriwayatkan oleh beberapa perawi hadith dan membincangkan
    riwayat hidup mereka serta beberapa pandangan dan kritikan daripada perawi
    hadith dan menyebutkan faktor-faktor yang mempunyai perbezaan dalam
    riwayat.Dalam membincang sejarah hidup perawi , beliau menghurai system
    ejaan atau autografi terhadap nama dan hubungan perawi khususnya bagi
    mereka yang sukar namanya dibezakan ataupun yang tidak terkenal.

Cetakan Fath al-Bariy

Kitab Fath al-Bariy telah
dicetak dan diterbitkan di berbagai syarikat penerbitan di Asia Tengah dan
India.
Kitab Fath al-Bariy  terdiri dari beberapa jilid tebal
yang berbeza bilangan jilidnya dari beberapa cetakan. Sebagai contoh, berdasarkan
terbitan
Dar al-Rayyan li al-Turath, Kaherah,
bilangannya 14 jilid termasuk satu jilid
muqaddimah-nya. Manakala
terbitan Darul Kutub al-Ilmiyyah, Beyrut sebanyak 18 jilid termasuk satu jilid muqaddimah
dan satu jilid fahrasat (satu jilid isi kandungannya).

Kesimpulannya karya ini adalah karya yang sangat baik dan berguna dalam
bidang syarah hadith , lebih-lebih lagi karya ini sedaya upaya cuba membantu para
pembaca memahami al-Jāmi’ al-Sahīh
susunan al-Imam al-Bukhari yang menjadi rujukan utama hadith-hadith sahih. 



Kitab Fath al-Bariy ini boleh dimuat turun di pautan 

فتح الباري.


, Terimakasih telah mengunjungi Keimanan.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.

Most Popular

To Top