Ibn Katsir

Kitab al-Misbah al-Munir Fi Tahdzib Tafsir Ibn Katsir

Kitab Tafsir al-Misbah al-Munir Fi Tahdzib Tafsir Ibn
Katsir
 (
المصباح المنير في تهذيب تفسير ابن كثير) merupakan karya Abu Hashim Safiyur Rahman bin ‘Abdullah bin Muhammad
Akbar bin Muhammad ‘Ali bin ‘Abdul-Mu’min bin Faqirullah al-Mubarakpuri al-Azami
atau lebih dikenali dengan Syaikh Shafiyur Rahman
al-Mubarakfuri (
1360-1227H/1942–2006M
) seorang ulama terkenal dari India.

Kitab al-Misbah
al-Munir
ini merupakan ringkasan bagi kitab Tafsir Ibnu Katsir, karya
Imam al-Hafiz
‘Imaduddin Abu al-Fidak Ismail bin ‘Umar bin Katsir al-Qurasyi
al-Dimasyqi
al-Syafi’i (701-774H) yang merupakan seorang ulama
bermazhab Syafi’i yang terkenal pada zamannya.. Beliau dikenali di dunia kesarjanaan
Islam sebagai ulama tahqiq, ulama tafsir, ulama hadis, dan pakar sejarah. Mendengar
namanya sahaja sudah cukup membuktikan bahawa tafsir ini adalah salah sebuah
tafsir yang masyhur dan dipercayai. Bahkan sekiranya disebutkan saja kitab
tafsir, nescaya Tafsir Ibnu Katsir-lah yang menjadi sebutan para ulama. Para
ulama dahulu hingga kini sentiasa mencadangkan agar setiap orang memiliki dan
menela’ah kitab tafsir Ibnu Katsir ini. Ia adalah tafsir dengan methode
al-Qur’an dengan al-Qur’an, al-Qur’an dengan sunnah, dan al-Qur’an dengan atsar
(fatwa-fatwa para sahabat dan tabi’in) di samping tafsir bahasa. Ia
sekali-sekali bukan tafsir akal atau ra’yi sebagaimana yang banyak berlegar di
sekitar kita akhir-akhir ini.

Terjemahannya;

Kitab al-Misbahul
Munir Fi Tahdzib Tafsir Ibn Katsir
ini telah diterjemahkan ke bahasa
Indonesia dan terbitkan oleh Pustaka Ibnu Katsir, Indonesia dengan judul ‘Shahih
Tafsir Ibnu Katsir’
. Set kitab ini mengandungi sebanyak 9 jilid
semuanya. Ini adalah set kitab yang lengkap membawakan tafsir al-Qur’an 30
juzuk kepada kita. Ia membantu masyarakat awam memahami al-Qur’an ayat demi
ayat dengan lebih baik dan terperinci berpandukan hadis-hadis nabi dan manhaj
para Sahabat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam.

Ciri-ciri keistimewa bagi edisi terbitan/terjemahan
ini amat bersesuaian dengan judul terjemahannya; Shahih Tafsir Ibnu Katsir. Berikut antara keistimewaannya:

1.   Setiap hadis atau riwayat/atsar
diberikan rujukan/nota kaki. Hadis-hadisnya ditakhrij bagi memudahkan
rujukkan dan memberi keyakinan kepada pembaca.
Sistem nota kaki yang
baik. Takhrij hadis berpandukan kepada Kitab-kitab Syaikh al-Albani
rahimahullah, Syaikh Syu’aib al-Arnauth, Ahmad Syakir, dan selainnya.


2. Setiap perbahasan
(penafsiran) diberikan dan dipisahkan (dibezakan) dengan perletakkan tajuk
bagi tujuan memudahkan pemahaman dan pencarian.
Hadis-hadis yang tidak
sahih (dhoif atau maudhu’) dikeluarkan dari kitab ini. Dan dibiarkan hanya
hadis/riwayat yang sahih dan hasan sahaja, serta riwayat-riwayat yang
maqbul (diterima).


3. Namun, sedikit kelemahan
pada kitab ini adalah pada sebahagian tempat telah menghilangkan beberapa
perkataan asal al-Hafiz Ibnu Katsir pada beberapa tempat merujuk perbezaan
pendapat (ijtihad) bagi mengelakkan kekeliruan para pembaca dari kalangan
awam yang tidak biasa dengan perselisihan pendapat di kalangan ulama
silam. Bersesuaian dengan nama dan tujuannya yang disasarkan untuk para
pembaca awam dan penuntut ilmu (para pemula).

4.  Terbitan ini sangat
sesuai untuk golongan awam yang berminat memahami tafsiran ayat-ayat
al-Qur’an secara mendalam tetapi mudah kerana corak penyampaiannya yang
mesra pembaca dan mudah difahami. Di samping itu, ia juga sesuai untuk
golongan pengkaji kerana konsep nota kakinya yang begitu baik. Jadi,
berilah ruang perpustakaan kita untuknya sebagai bekalan rujukan tafsir
memahami al-Qur’an yang baik di saat-saat memerlukan. Juga sesuai untuk
bacaan berjadual dan bacaan di surau-surau, masjid, serta pusat-pusat
pengajian umum seperti sekolah dan universiti.


Sumber: Artikel ini diedit dan diubahsuai dari pautan  berikut: http://atsar.ilmusunnah.com/index.php?route=product/product&product_id=77


, Terimakasih telah mengunjungi Keimanan.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.

Most Popular

To Top