

- Telah diriwayatkan daripada Abul Jauza` yang menyatakan sebagai berikut: “Penduduk Madinah telah mengalami kemarau yang dahsyat, lalu mereka mengadu kepada Sayyidatina ‘Aisyah r.’anha. Sayyidatina ‘Aisyah berkata kepada mereka: (Pergilah) lihat kubur Nabi s.a.w. dan buatkanlah satu lubang atasnya yang tembus ke langit sehingga tidak ada atap (naungan) di antara kubur tersebut dengan langit. Maka mereka pun melakukannya, lalu turunlah hujan lebat sehingga tumbuh – tumbuhan hidup dengan subur dan unta-unta menjadi gemuk sehingga kulitnya seakan-akan pecah, maka dinamakan tahun tersebut “aamul fatqi” (tahun pecah-pecah (yakni melambangkan kesuburan kerana kulit unta-unta tersebut seolah-olah pecah-pecah kerana terlalu gemuk).”
- Diriwayatkan daripada Sa`id bin ‘Abdul ‘Aziz yang berkata: “Ketika berlaku peristiwa al-Harrah (pengepungan Kota Madinah oleh tentera Yazid dan ketegangan yang dilakukan mereka atas para penduduknya), tidak kedengaran azan dan iqamat dari Masjid Junjungan Nabi s.a.w. selama 3 hari. Sa`id bin al-Musayyib yang tidak pernah berganjak dari masjid tersebut mengetahui masuknya waktu sholat hanya dengan mendengar suara dengungan daripada makam Junjungan Nabi s.a.w.
- Daripada Abu Bakar al-Minqari yang menceritakan: “Adalah aku, ath-Thobarani dan Abusy Syaikh berada di tanah haramnya Junjungan Nabi s.a.w. (Kota Madinah) dalam keadaan kesempitan sehingga kami merasa kelaparan. Memandangkan tiada upaya untuk memperolehi makanan, kami pun meneruskan berpuasa pada hari tersebut. Tatkala waktu ‘isya`, aku mendatangi makam Junjungan Nabi s.a.w. seraya berkata: “Wahai Rasulullah s.a.w., lapar, lapar”, setelah itu aku pun berpaling pulang. Maka berkatakan Abusy Syaikh kepadaku: “Duduklah, kita tunggu sahaja sama ada datang rezeki atau kematian.” Abu Bakar berkata lagi: “Aku dan Abusy Syaikh pun tidur, manakala ath-Thabarani duduk melihat sesuatu. Lalu muncul seorang ‘Alawi (keturunan Junjungan Nabi s.a.w.) yang mengetuk pintu. Bersamanya 2 orang pembantunya yang setiap seorang membawa bekas besar yang dipenuhi makanan. Maka kami pun duduk dan makan. Kami menyangka lebihan makanan tersebut akan dibawa pergi oleh para pelayan, tetapi mereka bangkit pergi dengan meninggalkan baki makanan tersebut untuk kami. Selesai makan, si ‘Alawi tadi berkata kepada kami: “Wahai saudara, adakah kamu telah mengadu (tentang kelaparan kamu) kepada Junjungan Rasulullah s.a.w ? Sesungguhnya aku bermimpi melihat Junjungan s.a.w. dan baginda memerintahkan aku untuk menghantar sesuatu kepada kamu.”

, Terimakasih telah mengunjungi Keimanan.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.