
al-Zawaya ( خبايا الزوايا) merupakan sebuah karya fiqh mazhab Syafi’i yang disusun
oleh al-Imam Abu Abdullah Muhammad bin Bahadur al-Zarkasyi (745-794H).
Isi
kandungan kitab ini menerangkan beberapa permasalahan fiqh yang disebut dalam
dua buah kitab utama mazhab Syafi’i, iaitu;
1) Kitab
Fath al-‘Aziz Syarh al-Wajiz (فتح العزيز شرح الوجيز), karya Imam Abu al-Qasim Abdul Karim bin Muhammad al-Rafi’i (623H).
2) Kitab Rawdhah al-Thalibin wa ‘Umdah al-Muftin (روضة الطالبين وعمدة المفتين), karya Imam Abu Zakariyya Yahya bin Syaraf al-Nawawi (631-676H).
Dalam kitab
ini, Imam al-Zarkasyi menukil dan menyusun kembali beberapa permasalahan fiqh
yang terdapat dalam kedua-dua kitab tersebut berdasarkan bab-bab fiqh yang
berkaitan, kerana terdapat beberapa permasalahan fiqh dalam kitab-kitab
tersebut yang tidak diletakkan mengikut bab-bab sepatutnya.
Sebelum
penyusunan kitab ini, ada di kalangan ulama tidak menjumpai beberapa permasalahan
fiqh yang dicari dalam kitab karya dua Imam ini, kerana ia disebut dalam bab
yang lain. Perkara ini menyebabkan mereka beranggapan permasalahan tersebut
tidak disebut oleh dua Imam dalam kitab mereka itu, sedangkan ia sebenarnya ada
disebutkan dan dijelaskan oleh mereka berdua.
Oleh itu,
dengan penyusunan kitab Khabaya al-Zawaya ini, Imam al-Zarkasyi mengharapkan ia
menjadi panduan dan memudahkan para ulama dan penuntut ilmu untuk merujuk
pandangan Imam al-Rafi’i dan Imam al-Nawawi dalam kedua-dua kitab mereka.
Kitab
ini boleh dimuat turun di pautan https://ia801300.us.archive.org/8/items/FP99589/99589.pdf.
Semoga bermanfaat.

, Terimakasih telah mengunjungi Keimanan.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.