al-Azkar

Keagungan Zikir Dan Doa Harian Rasulullah saw


Baru-baru ini saya ada membeli sebuah buku terjemahan kitab al-Azkar
karya Imam al-Nawawi – terbitan Inteam Publishing – cetakan 1 /2014. Buku yang
agak tebal merangkumi 785 halaman ini diberikan judul “
Keagungan Zikir
Dan Doa Harian Rasulullah saw
”.  



Kajian dan terjemahan kitab ini
diusahakan oleh Ustaz Mohammad Taha bin Hassan Azhari. 
Setelah membaca buku ini, saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah
kepada usaha ini, kerana saya rasa ini merupakan usaha yang ulung setakat ini –
kitab karya klasik ini diterjemahkan dengan takhrij dan dilampirkan dengan
beberapa lampiran yang bermanfaat dalam bahasa melayu. Sebelum ini, saya hanya
melihat usaha ini hanya dilakukan terhadap kitab-kitab Arab yang diterbitkan di
Timur Tengah sahaja. 



Berikut antara
keistimewaan buku ini sebagaimana yang dinyatakan di bahagian 
sinopsisnya; 


1.    Dikarang oleh imam besar, Imam Nawwawi
rahimahullah. 

2. Menghimpunkan 20 tajuk besar berkaitan zikir, 356 bab dan 1242 hadis beserta takhrij.
3.  Senarai manuskrip asal kitab al-Azkar,
metodologi penyelidikan dan penyemakan, sumber rujukan.

4.   Ustaz Mohammad Taha bin Hassan selaku
pentakhrij, penyelidik dan penyemak. Beliau mengijazahkan sanad periwayatan
kitab al-Azkar dan semua karya Imam Nawawi rahimahullah kepada pembaca yang
budiman. 

5. Berimej dan berkonsep baru, berbeza dengan
terbitan dan edaran yang pernah diterbitkan sebelum ini, memudahkan pengkaji
dan penyelidik untuk merujuk setiap hadis. 

6. Pengarang memulakan kupasannya dengan zikir
sebagai pendahuluan, kemudian penjelasan berkenaan amalan pada waktu siang dan
malam, serta mengakhirinya dengan tajuk zikir istighfar.  

7.   Disertakan dengan indeks al-Quran dan hadis
yang terkandung dalam buku ini.  

8.    Tertumpu pada hadis sahih dan hasan. 
9.     
Setiap
muslim tidak akan ditimpa perkara yang dibencinya dari perkara yang meragukan
atau seumpamanya melainkan mereka mendapati penyembuhnya di dalam kitab ini.
Dengan perantaraan dan keberkatan doa nabi yang terpilih. 





Sedikit catatan yang perlu diberi
perhatian…. 



Di sini, saya ingin menarik perhatian pihak penerbit, penyelidik/penterjemah
dan pembaca mengenai 
sumber rujukan kitab al-Azkar  (lihat
hal. 15 dan 16) yang disebut dalam buku tersebut; 



1.      
Saya dapati ada kesilapan – mungkin tidak
disengajakan-  dalam senarai kitab-kitab yang menjadikan rujukan kitab
al-Azkar yang disebutkan oleh penterjemah. Terdapat 3 buah kitab yang
disenaraikan – berdasarkan pemerhatian saya – adalah tidak mungkin menjadikan
rujukan kitab al-Azkar, kerana kitab-kitab tersebut disusun oleh para ulama
yang hidup selepas Imam al-Nawawi, iaitu; 



a)      Kitab Asna
al-Mathalib fi Syarh Rawdh al-Thalib
, karya Syaikhul Islam Abu Yahya
Zakaria al-Anshari (926H). lihat no. 7. 

b)      Kitab al-Khashaish
al-Kubra………
 , karya Imam Jalaluddin al-Sayuthi ( 911H). lihat no.
27. 

c)      Kitab Raddul
Mukhtar …………,
 karya Ibn ‘Abidin al-Hanafi (1198H), lihat no. 30. 



2.      Dalam kata pendahuluan penyelidik (hal. 10) ada
menyebut juga, di antara kitab tafsir yang menjadi rujukan dalam penyusunan
kitab al-Azkar ialah kitab 
al-Risalah karya Imam
al-Qusyairi. Saya telah melihat senarai rujukan yang disediakan dalam buku
terjemahan tersebut, terdapat sebuah sahaja kitab karya Imam al-Qusyairi, iaitu
kitab 
al-Risalah al-Qusyairiyah. Adakah kitab ini yang
dimaksud oleh penyelidik dengan kitab tafsir tersebut atau kitab yang lain,
kerana setahu saya kitab al-Risalah ini merupakan kitab mengenai tasawuf
bukannya kitab tafsir.  



Saya ada membaca biografi Imam al-Qusyairi dalam sebuah kitab al-Risalah
milik saya, saya dapati terdapat sebuah kitab tafsir yang disusun oleh beliau.
Kitab ini berjudul 
“ al-Taisir fi ‘ilm al-Tafsir ”,
yang dikenali juga sebagai 
al-Tafsir al-Kabir. Menurut
Ibn Khalikan, Tajuddin al-Subki dan al-Sayuthi- kitab tafsir ini merupakan
kitab tafsir yang terbaik. Adakah kemungkinan kitab ini menjadi rujukan Imam
al-Nawawi, atau sememangnya kitab al-Risalah tersebut, tetapi berkaitan dengan
tasawuf bukannya dalam bidang tafsir?. Berdasarkan pemerhatian saya terhadap
nota kaki yang diberikan dalam buku tersebut yang merujuk kepada kitab
al-Risalah tiada yang berkaitan dengan tafsir. Diharap pihak penterjemah dan
penerbit memberi perhatian terhadap perkara ini bagi penerbitan yang
berikutnya. 



Semoga mendapat bermanfaat. 

, Terimakasih telah mengunjungi Keimanan.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.

Most Popular

To Top