
Berbalik kepada “Munyatul Mushalli”, ianya membicarakan mengenai persoalan shalat yang diwajibkan ke atas kita. Nak tahu isi kandungannya yang terperinci, korang belilah sendiri baca dan pergi mengaji. Di sini, kawe nak share satu kisah yang berkaitan dengan penulisan karya ini. Diceritakan bahawa karya yang berkat ini disusun dan ditulis sendiri oleh Tok Syaikh Daud rahimahullah atas permintaan seorang raja. Maka Tok Syaikh rahimahullah pun mula menyusun karangannya ini berdasarkan ilmu yang ada dalam ingatan beliau semata-mata tanpa merujuk kepada mana-mana kitab. Melihat kepada hal tersebut, Sang Raja mula meragui kebolehan dan ilmu Tok Syaikh Daud rahimahullah. Namun keraguan tersebut segera hilang apabila pada satu ketika Sang Raja melihat Tok Syaikh Daud rahimahullah menulis kitab ini tanpa menggunakan lampu dan qalam. Ketika menulis di waktu malam, jari-jari Syaikh Daud rahimahullah akan mengeluarkan cahaya meneranginya dan jari telunjuknya pula digunakan sebagai qalam untuk menulis.
Inilah antara cerita karamah Syaikh Daud al-Fathani rahimahullah yang diceritakan melalui lisan tok – tok guru kita rahimahumullah. Kisah karamah sebegini juga dinukilkan berlaku kepada ramai lagi ulama yang `amilin lagi mukhlisin seperti asy-Syaikhan, Imam an-Nawawi rahimahullah dan Imam ar-Rafi`i rahimahullah. Maka gemarkanlah diri kita hendaknya untuk mentelaah segala kitab turats peninggalan para ulama kita yang ikhlas. Insya-Allah, ilmu dapat, berkat dapat dan doa pengarangnya pun dapat.

, Terimakasih telah mengunjungi Keimanan.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.