Buku

Karamah Imam Nawawi

Imam Muhyiddin an-Nawawi (631H – 676H) radhiyaAllahu `anhu adalah seorang ulama besar lagi wali, bahkan quthubnya para wali yang telah dizahirkan Allah atasnya berbagai karamah, samada hissi atau maknawi. Antara karamah beliau adalah karya – karyanya yang banyak sehingga berjilid – jilid kitab besar yang amat bernilai yang beliau tulis dalam umur beliau yang relatif singkat. Beliau wafat ketika berusia hanya lebih kurang 45 tahun sahaja, dalam usia singkat tersebut beliau dianugerahkan Allah ilmu dan kebijaksanaan serta kemampuan untuk mengarang dan segala karangan tersebut amat bermanfaat dan menjadi  rujukan serta panduan umat sehingga ke hari ini. 

Di antara karamah hissi yang sempat dirakam dalam kitab – kitab para ulama pula adalah sebagaimana yang disebut oleh Imam Jalaluddin as-Sayuthi rahimahullah dalam karya beliau berupa manakib Imam an-Nawawi dengan jodol al-Minhajus Sawi. Pada halaman 48 dinyatakan sebagai berikut:- ….Telah aku (yakni Imam Taqiyuddin as-Subki dan mungkin juga diri Imam Sayuthi sendiri) melihat dalam “Majmuk” yang disalin oleh Syaikh Syamsuddin al-`Iyzari asy-Syafie (seorang ulama Syafie yang wafat tahun 808H, memiliki beberapa karangan antaranya mukhtashar bagi kitab al-Quut karya Imam al-Adzra`ie dan ta’liq atas Syarhul Kabir bagi Imam ar-Rafi`ie) menyatakan bahawa penjaga pintu gerbang Madrasah ar-Rawahiyyah (sebuah madrasah yang mengajar Mazhab Syafie di Kota Damsyik yang letaknya di timur laut Masjid al-Umawi) berkata: “Pada suatu malam Imam an-Nawawi telah berjalan keluar dan aku mengikut beliau. Ketika sampai di pintu gerbang madrasah, pintunya terbuka sendiri. Beliau pun keluar dan aku berjalan bersamanya beberapa langkah, tiba – tiba kami sudah berada di Kota Mekah. Imam Nawawi pun berihram umrah dan melaksanakan tawaf dan saie. Setelah selesai, beliau melanjutkan dengan bertawaf sunat sepanjang malam sebelum pulang. Ketika hendak pulang, aku berjalan di belakangnya, tiba – tiba sahaja kami telah berada semula di Madrasah ar-Rawahiyyah.

Inilah antara karamah yang pernah berlaku atas Imam an-Nawawi dan dirakam oleh para ulama kita. Karamah ini yang berupa thayyul ardh, di mana Allah melipatkan bumi bagi beliau, sehingga jarak yang jauh dari Damsyik ke Mekah dapat ditempoh dengan hanya beberapa langkah. Mudah – mudahan kita mendapat berkat dan syafaat daripada al-Imam al-Faqih al-Muhaddits Muhyiddin Abu Zakaria Yahya bin Syaraf an-Nawawi asy-Syafie ad-Dimasyqi radhiyaAllahu `anhu.


, Terimakasih telah mengunjungi Keimanan.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.

Most Popular

To Top