Kajian Kitab Munyah al-Mushalli

KAJIAN KITAB MUNYAH AL-MUSHALLI SIRI 12


Hukum bagi Orang yang Luput Sembahyang[1]

وغاية ما يسمح
به للعامي الغافل المستغفر مهما فاتته الصلاة: أن يقضيها مع التوبة عن العود إلى
مثل ذلك
.


Dan sehingga barang yang dimaafkan bagi orang awam
yang lalai yang terkelam di dalam lalainya. Manakala luput akan dia sembahyang,
hendaklah diqada’kan dengan bersegera, kemudian taubat ia daripada kembali
kepada umpama yang demikian itu.


فأما الإضاعة
فلا! كيف وعليه في إخراج الصلاة عن وقتها إثم عظيم وإن بادر بقضائها.


Adapun yang
mensia-siakan dia, maka tiada jalan sekali-kali. Maka betapa dan jikalau ada ia
keluarkan sembahyang daripada waktunya  [yang lain daripada ketidurannya]
[2], dosa yang
amat besar dan jikalau ada ia bersegera mengqada’ akan dia sekalipun.



وليس بعذر
الاشتغال بالدنيا ولا بغيرها عن الصلاة حتى تفوت. ولا عذر إلا النوم أو النسيان
فقط.


Dan tiada
diuzurkan membimbangkan dengan dunia dan lainnya daripada sembahyang melainkan
kerana ketiduran atau lupa jua, maka hanyalah [itu sahaja]
[3]


[1] al-Nashaih (hal.144), HWM
Shaghir (hal.106), S. Ahmad Semait (hal. 163).


[2] Tambahan daripada Syaikh Daud Fathani.


[3] Tambahan pentahkik, berdasarkan huraian
tambahan HWM Shaghir (hal.106)



, Terimakasih telah mengunjungi Keimanan.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.

Most Popular

To Top