Imam al-Syafi'i

Jima’ al-‘Ilm

 
Kitab Jima’ al-‘Ilm (جماع العلم) merupakan sebuah kitab yang
membincangkan mengenai bidang usul fiqh, yang disusun oleh Imam Muhamad bin
Idris al-Syafi’i (150-204). Beliau menyusun kitab ini di Mesir, setelah
penulisan kitab al-Risalah al-Jadidah (iaitu kitab Risalah versi baru –
setelah diubahsuai dari kitabnya yang lama).

 

 

Dalam penyusunan kitab ini, al-Imam al-Syafi’i
menjadikan kitab al-Risalah sebagai rujukan, misalnya beliau menyanggah
orang yang menolak untuk menggunakan hadis ahad sebagai hujah dengan berkata; “Apa yang kami sampaikan di sini dan dalam al-Kitab (maksudnya al-Risalah)
sebelum ini terdapat dalil yang membantah mereka dan orang selain mereka
”.

 
Kitab al-Risalah dan Kitab Jima’ al-‘Ilm
memiliki kaitan antara satu sama lain yang sangat kuat dan itu tidak sekadar
menjadikan kitab al-Risalah sebagai rujukannya, malahan kitab Jima’ al-Ilm
menjelaskan apa-apa yang disampaikan secara umum oleh Imam al-Syafi’i dalam
kitab al-Risalah. Ada juga perkara yang disampaikan secara umum dalam
kitab Jima’ al-Ilm, sudah ada penjelasannya dalam kitab al-Risalah
sebelumnya. Adalah sangat bermanfaat jika kedua-dua kitab ini dicetak bersamaan,
lalu dibuat ulasan dan kajian secara komprenhensif.
 
Tema utama kitab Jima’ al-‘Ilm ada tiga, iaitu;

 

  1. Menggunakan hadis ahad sebagai hujah, Sunnah
    menjelaskan hukum al-Quran dan kedudukan Sunnah terhadapnya.

  2. Menjelaskan kedudukan ijmak yang dapat dijadikan
    hujah dalam syari’at Islam.

  3. Apa yang dibolehkan dan apa yang tidak dibolehkan
    dalam perbezaan fiqh.
Kitab ini mengandungi banyak penerapan masalah-masalah
fiqh. Ia ditulis menggunakan metode dialog-dialog dengan mengandaikan
aspek-aspek yang diperselisihkan dan mengyanggah dalil-dalil yang kemungkinan
besar dapat terjadi dalam dialog usul fiqh. Kitab ini termasuk dalam karya
tulis yang bernilai tinggi dalam bidang usul fiqh.

 
Kitab Jima’ al-‘Ilm yang telah diterbitkan…..
 
Berdasarkan beberapa cetakan terawal, kitab Jima’ al-‘Ilm
ini telah diterbitkan bersama dengan kitab al-Umm. Berikut dilampir beberapa
versi cetakan kitab ini;

  1. Kitab Jima’ al-‘Ilm yang selesai ditahqiq oleh
    Syaikh Ahmad Muhammad Syakir pada tahun 1940M dan diterbitkan oleh
    Maktabah Ibn Taymiyyah. Kandungannya (teks kitab dan teks tahqiq sahaja) merangkumi
    128 halaman tidak termasuk halaman isi kandungan.
  1. Kitab Jima’ al-‘Ilm yang dimuatkan dalam Mawsu’ah
    al-Imam al-Syafi’i
    ,(
    موسوعة
    الإمام الشافعى
    ) cetakan Dar Qutaibah – kandungannya merangkumi
    dalam 70 halaman dan memuatkan 460 perenggan. Kitab ini ditahqiq Dr. Ahmad
    Badruddin Hassun.  
  1. Kitab Jima’ al-‘Ilm yang ditahqiq oleh
    Muhammad Ahmad Abdul Aziz Zaidan dan dicetakan oleh Dar al-Kutub
    al-‘Ilmiyyah di Beirut pada tahun 1405H/1985 dengan ketebalannya mencapai
    100 halaman, termasuk halaman isi kandungannya.

 

Kitab Jima’ al-‘Ilm yang ditahqiq oleh Syaikh
Ahmad Syakir  (dalam file pdf) boleh di didownload
di pautan berikut;

http://www.waqfeya.com/book.php?bid=7465  http://www.ajurry.com/vb/showthread.php?t=25375

 

Semoga bermanfaat.

, Terimakasih telah mengunjungi Keimanan.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.

Most Popular

To Top