
al-Raghib Ila Nahaj al-Thalib li Asyraf al-Mathalib (اتحاف الراغب الي نهج الطالب لاشرف المطالب)
merupakan sebuah karya fiqh mazhab Syafi’I yang disusun oleh Syaikh Abu Hadiy Muhammad
bin Ahmad bin Hasan bin Abdul Karim al-Khalidi al-Jawhari (1215H).
Syaikh Abu Hadiy al-Jawhari menyusun kitab
Ittihaf al-Raghib ini sebagai huraian (syarah) bagi karya beliau sendiri yang berjudul
Kitab Nahaj al-Thalib li Asyraf al-Mathalib (نهج
الطالب لاشرف المطالب ). Manakala kitab Nahaj al-Thalib pula
merupakan ringkasan (mukhtashar) bagi kitab Manhaj
al-Thullab (منهج الطلاب), iaitu sebuah
karya fiqh yang disusun oleh Syaikhul Islam Abu Yahya Zakariyya al-Anshari
(926H)
Kitab Ittihaf al-Raghib telah
diberikan hasyiah (komentar/catatan pinggir) oleh beberapa ulama, iaitu;
i) Syaikh Abdullah Suwaidan bin Ali
al-Damliji al-Dharir al-Mishri (1234H).
ii) Syaikh Muhammad Abdul Hayy al-Syubaini
( abad ke13 H).
Saya belum menemui maklumat cetakan
keseluruhan kandungan kitab Ittihaf al-Raghib ini. Namun sebahagian kandungan
kitab ini telah ditahkik oleh Abdullah Shidqi Abdul Mu’im sebagai kajian ilmiah
“sarjana”nya. Kajian beliau ini bermula awal kitab al-Thalak (كتاب الطلاق) hingga akhir kitab al-Riddah كتاب الردة) .).
Kandungan kajian ini boleh dimuat turun di
pautan اتحاف الراغب الي نهج الطالب لاشرف المطالب
. Manakala manuskrip kitab Ittihaf
al-Raghib boleh dimuat turun melalui pautan اتحاف الراغب الي نهج الطالب لاشرف المطالب.
Semoga bermanfaat.

, Terimakasih telah mengunjungi Keimanan.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.