Aqidah

I’tiqad Imam al-Haddad

Ikhwah, puak Wahhabi dan kaum muda membid`ahkan orang yang belajar sifat 20, orang yang belajar ilmu tauhid menurut Imam Abul Hasan ‘Ali al-Asy`ari. Bahkan ada ulama Wahhabi yang sanggup keluar fatwa kata pengikut Imam Asy`ari terkeluar daripada Ahlus Sunnah wal Jama`ah. Berkurun lamanya datuk nenek kita kenal Allah, tahukan sifat-sifatNya menerusi kaedah pembelajaran sifat 20. Ulama-ulama kita karang kitab-kitab tauhid semua ikut kaedah tersebut. Perpustakaan ilmu tauhid Nusantara kaya dengan karya-karya sebegitu, ada ‘Aqidatun-Najin, ada Sirajul-Huda, ada Wardatuz Zawahir, ada Faridah Faraidh dan banyak lagi. Semuanya Kitab Tauhid berteraskan sifat 20.
Imam al-Haddad dalam “Risalatul Mu`awwanah” berpesan:-
  • Hendaklah engkau membentengi pegangan kepercayaanmu (yakni i’tiqadmu), memperbaikinya dan memperkukuhkannya atas jalan kumpulan yang mendapat kejayaan, iaitu kumpulan yang terkenal antara berbagai kumpulan sebagai ‘Ahlus Sunnah wal Jama`ah. Ahlus Sunnah wal Jama`ah adalah orang yang berpegang teguh dengan jalan Junjungan Rasulullah s.a.w. dan para sahabat r.anhum. Jika engkau teliti nas-nas al-Qur`an dan as-Sunnah – yang berhubung dengan keimanan – dengan pemahaman yang benar, fikiran sihat yang terbit dari hati yang bersih, serta engkau pelajari perjalanan hidup para salafus sholeh daripada kalangan sahabat dan tabi`in, nescaya engkau akan mengetahui dengan yakin bahawa kebenaran itu berada bersama kumpulan yang dikenali sebagai al-Asy`ariyyah yang dinisbahkan kepada asy-Syaikh Abul Hasan al-Asy’ari rhm. yang telah menyusun segala kaedah pegangan ‘aqidah ahlul haq serta menyaring segala dalilnya. Inilah ‘aqidah yang dipegangi oleh para sahabat r.anhum dan orang-orang selepas mereka daripada kalangan para tabi`in yang terpilih.”

Jadi, sia-sialah golongan yang ingin menyesatkan golongan al-Asy`ariyyah dan al-Maturidiyyah kerana dua inilah Ahlus Sunnah wal Jama`ah yang sejati, bukan sempelan. Imam al-Haddad telah menyatakan bahawa kedua-dua golongan ini, adalah Ahlus Sunnah wal Jamaah, yang selainnya Allahu a’laam. Mudah-mudahan kita selamat dari kesesatan yang bertopengkan tauhid dan sunnah.


, Terimakasih telah mengunjungi Keimanan.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.

Most Popular

To Top