Abdullah al-Qari

Intisari Karya-karya Tasawuf


Ketika
saya mengemas dan menyusun atur buku di atas rak buku yang sudah lama tidak
dibersihkan saya menjumpai sebuah buku yang sudah lama saya mencarinya.
al-Hamdulillah buku yang saya sangka telah hilang dari koleksi saya ini masih
ada tersisip di antara buku-buku yang tersusun dalam rak yang terletak dalam
bilik tidur anak saya.


Buku yang
berjudul “ Intisari Karya-Karya Tasawuf ” yang dicetak dengan
tulisan Jawi ini merupakan sebuah karya terjemahan yang diusahakan oleh Ustaz Haji
Abdullah al-Qari bin Salleh dan Ustaz Muhammad Salleh bin Haji Arsyad dari
sebuah karya Hujatul Islam al-Imam Abu Hamid al-Ghazali yang berjudul “ Khulashah
al-Tashanif fi al-Tashawwuf
” (
خلاصة التصانيف في التصوف ).


Buku
dalam koleksi saya ini adalah edisi cetakan kedua pada tahun 1983, manakala
cetakan pertamanya pada tahun 1980. Ia diterbitkan oleh Pustaka Aman Press
dengan ketebalan 61 halaman termasuk kata pengantar penterjemah dan halaman isi
kandungan.


Karya
Imam al-Ghazali ini asalnya ditulis dalam bahasa Parsi, yang kemudiannya
dialihbahasakan oleh Syaikh Muhammad Amin al-Kurdi al-Irbili al-Syafi’i al-Naqsyabandi
(1840-1913) ke dalam bahasa Arab. Kitab ini asalnya merupakan sebuah jawapan
bertulis Imam al-Ghazali kepada seorang muridnya, yang memohon isi intisari
pengajaran tasawuf yang terkandung dalam karya-karya beliau, khususnya
perbincangan mengenai ilmu pengetahuan yang bermanfaat dan yang tidak
bermanfaat dalam melayari bahtera hidup menuju akhirat.


Setakat
ini, saya belum menemui edisi terbaharu terjemahan ini yang diterbitkan oleh
Pustaka Aman Press, atau syarikat penerbitan lain. Kemungkinan ada terjemahan
lain yang telah diterbitkan sama ada dalam Bahasa Melayu atau Indonesia, yang
boleh dikongsi maklumatnya dari pihak pembaca.


Dalam
edisi bahasa Arab saya hanya menemui sebuah kitab ini yang diterbitkan oleh
Mathba’ah al-Najah di Mesir dengan cetakan pertamanya tanpa disebutkan tarikh
cetakannya. Kitab ini juga ada diterbitkan bersama karya-karya Imam al-Ghazali dalam
sebuah buku yang berjudul “ Majmu’ah Rasa-il al-Imam al-Ghazali ”.
Buku ini diterbitkan oleh al-Maktabah al-Tawfiqiyyah, Mesir dengan memuatkan
sebanyak 26 risalah karya Imam al-Ghazali.

Semoga
bermanfaat.


, Terimakasih telah mengunjungi Keimanan.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.

Most Popular

To Top