
Syaikh Mutawalli asy-Sya’raawi rahimahullah pernah menyatakan bahawa:-
Peristiwa mawlid Junjungan Nabi Muhammad SAW adalah peristiwa yang
paling besar sepanjang sejarah. Bahkan lebih besar dari peristiwa
diciptanya seluruh alam, kerana baginda datang dengan ajaran Allah
sebagai rahmat bagi seluruh alam.
Tiada keraguan bahawa lahirnya Junjungan Nabi SAW ke dunia ini adalah sebagai pembawa rahmat bagi sekalian alam. Maka sudah pasti dan semestinya segala isi alam ini bergembira dan bersukacita dengan kehadiran Rahmat bagi sekalian alam ini. Hanya golongan yang dilaknat Allah SWT sahaja yang tidak merasa gembira dengan dengan hadirnya Rahmat tersebut kerana mereka telah dijauhkan daripada segala rahmat. Oleh itu, tidak pelik jika Iblis dan konco – konconya daripada kalangan syaitan bersedih dan berduka dengan kelahiran Junjungan Nabi SAW, sehingga diriwayatkan bahawa Iblis terkutuk meraung – raung kesedihan atas lahirnya Junjungan Nabi SAW.
Oleh itu, sayogianya kita menjauhi perbuatan Iblis yang benci dan berdukacita dengan kelahiran Junjungan Nabi SAW. Kita hendaklah sentiasa bergembira dan memperingati akan kelahiran Junjungan Nabi SAW sebagai tahadduts bin ni’matillah dalam rangka mensyukuri rahmat dan nikmat Allah yang besar kepada kita. Mudah-mudahan hidup dan mati kita diberkatiNya sentiasa.

, Terimakasih telah mengunjungi Keimanan.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.