Fiqh

Hukum Menghadiah Pahala Bacaan

Kedudukannya dalam mazhab kita asy-Syafi`iyyah adalah seperti berikut:-

  • Adapun baca Quran, maka telah berkata Imam Nawawi di dalam ‘Syarah Muslim’:- ” Bermula yang masyhur daripada mazhab Imam Syafi`i bahawasanya tiada sampai pahalanya kepada mayyit. Dan berkata setengah Ashabusy-Syafi`i sampai pahalanya bagi mayyit dengan semata-mata diqashadkan dia dengan bacaan itu dan jika kemudian daripada dibacanya sekalipun, dan berpegang atasnya oleh a-immah yang tiga dan memilih akan dia kebanyakan ulama mazhab kita dan dii’timad akan dia oleh Subki dan lainnya.

Ini kunuqil daripada mukasurat 141 kitab “Mathla`ul Badrain” karangan Syaikh Nik Mat Kecik. Bahasan yang panjang akan kupersembahkan di lain ketika. Cuma dikatakan ulama kita bahawa pendapat Imam Syafi`i mengatakan tidak sampai pahala bacaan Quran kepada si mati itu ditanggung maksudnya jika bacaan tersebut tidak dibaca di hadapan mayyit atau di kuburnya; atau dibaca tanpa niat untuk disedekahkan atau dihadiahkan pahala kepada si mayyit; atau tidak didoakan agar pahala bacaan tersebut disampaikan kepada si mayyit.


, Terimakasih telah mengunjungi Keimanan.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.

Most Popular

To Top