azan

Hukum-Hakam Azan & Iqamat Menurut Ulama Mazhab Syafi’i


Hukum-Hakam Azan &
Iqamat Menurut Ulama Mazhab Syafi’i
adalah judul sebuah karya fiqh mazhab Syafi’i semasa
yang disusun oleh Ustaz Mohammad Haidzir Hussin, seorang pensyarah di Jabatan
Tahfiz  Kolej Pengajian Islam, Johor.

Sebagaimana
judulnya, kandungan buku ini menyentuh pelbagai isu dan hukum yang berkaitan
dengan azan dan iqamat secara terperinci berdasarkan mazhab Syafi’i. Buku ini
perlu dimiliki oleh umat Islam, khususnya para muazin kerana kandungannya dapat
memberi panduan yang berguna, yang dapat menjawab beberapa permasalahan yang
berkaitan dengan dengan azan dan iqamat.

Menurut
penyusunnya, maklumat-maklumat dan hukum-hakam mengenai azan dan iqamat dalam
buku ini, dinukilkan darupada beberapa buah buku yang muktabar di dalam mazhab
Syafi’i sebagaimana yang disebutkan di dalam bibliografi di akhir buku ini.

Namun
begitu, menurut penyusunnya kitab yang menjadi rujukan utama beliau ketika
menyiapkan karya beliau ini ialah kitab Mughni
al-Muhtaj
bi Syarh al-Minhaj karya
al-‘Allamah Muhammad Khathib al-Syarbini dan kitab al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab karya al-Imam Abu Zakariyya Yahya bin
Syaraf al-Nawawi.

Buku
ini telah diterbitkan oleh Telaga Biru Sdn Bhd dengan cetakan pertamanya pada
tahun 2012. Buku ini mempunyai ketebalan sebanyak 152 halaman, tidak termasuk
halaman kata pengantar dan halaman bibliografi.


Sila
ke pautan
http://www.telagabiru.com.my/produk/buku/hukum-hakam-azan-iqamat-menurut-ulama-mazhab-syafi-i
untuk mendapat maklumat lanjut mengenai buku ini. Semoga bermanfaat.

, Terimakasih telah mengunjungi Keimanan.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.

Most Popular

To Top