Uncategorized

Haram Pilihanraya Musim Haji – MURSHID

Berdosa Jika Pilihanraya Dilaksanakan Sewaktu Musim Haji
Oleh:- Multaqa Asatizah & Du’at (MURSHID)
Kami, selaku pendakwah dan asatizah telah dan kerap ditanya berkenaan
isu mengadakan pilihanraya sewaktu musim haji. Justeru itu, sebagai
respon kepada pertanyaan tersebut, pihak Multaqa Asatizah & Duat
(MURSHID) dalam mesyuarat yang lalu berpendapat seperti berikut :-

Di dalam system demokrasi, pilihanraya
dan proses pengundian adalah ibarat suatu mahkamah besar bagi memilih
siapa yang lebih layak diberikan amanah memerintah, maka sewaktu sistem
demokrasi dijadikan panduan dan diterima oleh majoriti rakyat, tugas
terbesar kerajaan melalui Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) adalah
memastikan semaksima mungkin penyertaan rakyat dalam pilihanraya,
justeru kempen untuk pendaftaran pengundi mestilah dipertingkatkan
kecanggihannya dan dipermudah di seluruh tanahair. Rakyat Malaysia
selaku pengundi layak yang berada di luar negara perlu dijamin hak
mereka agar boleh mengundi melalui kaedah yang berkesan lagi dipercayai.

Kami juga bersepakat bahawa Pilihanraya dan proses pengundian TIDAK
BOLEH
atau HARAM dilaksanakan sewaktu musim perayaan dan ibadah umat
Islam khususnya musim haji yang mana berpuluh ribu pengundi dan petugas
haji sedang berada di luar Negara.


Sekiranya pilihanraya tetap
dilakukan di musim haji, itu merupakan suatu pengkhianatan terhadap
amanah dan sistem pemilihan
. Ini adalah kerana proses pengundi adalah
suatu proses KESAKSIAN.

Firman Allah : وأشهدوا ذوى عدل منكم …..الطلاق:

Mafhum : “Bersaksilah dengan mereka yang adil dari kalangan kamu”( At-Talaq: 2)

Juga Firman Allah :
وَلاَ يَأْبَ الشُّهَدَاء إِذَا مَا دُعُوا
Ertinya : Janganlah saksi-saksi itu enggan (memberi keterangan) apabila mereka dipanggil ( Al-Baqarah : 282)

Dalil-dalil di atas menunjukkan, apabila kita berada di dalam suatu
situasi atau keadaan sistem yang memerlukan mereka yang bermaklumat
memberi kesaksian demi memberikan keputusan demi keadilan, mereka adalah
dikira sebagai saksi yang diharamkan untuk menolak dari memberikan
keterangan dan kesaksian.

Dalam konteks pilihanraya, rakyat
sebenarnya bertindak sebagai SAKSI sama ada untuk menyokong atau menolak
mana-mana calon yang bertanding. Justeru, SEKIRANYA pihak berkuasa
memutuskan pilihanraya akan dijalankan pada musim haji, ia adalah suatu
tindakan yang akan menghalang rakyat dari keluar menunaikan
tanggungjawab mengundi.

Jika seorang saksi TIDAK DIBENARKAN
untuk menolak tanggungjawab memberi kesaksian, maka tentunya DIHARAMKAN
juga bagi pihak ketiga untuk menghalang saksi dari memberikan kesaksian
seperti sengaja mengadakan sesi perbicaraan ketika saksi berada di luar
negara.

Justeru, setiap individu yang mempunyai hak dan
berkelayakan memberikan kesaksian samada di mahkamah, termasuk kesaksian
dalam bentuk mengundi sewaktu pilihanraya, tidak dibolehkan untuk
sengaja menyembunyikan kesaksian atau dinafikan hak dan ruang memberi
kesaksian termasuk oleh pihak berkuasa sekalipun. Firman Allah Ta’ala :

وَلَا تَكْتُمُوا الشَّهَادَةَ وَمَنْ يَكْتُمْهَا فَإِنَّهُ آثِمٌ قَلْبُهُ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ عَلِيمٌ
 

“Maka janganlah kamu (wahai orang-orang yang menjadi saksi)
menyembunyikan perkara yang dipersaksikan itu dan sesiapa yang
menyembunyikannya, maka sesungguhnya dia adalah orang yang berdosa
hatinya dan (ingatlah), Allah sentiasa Mengetahui akan apa yang kamu
kerjakan.” (Al-Baqarah :283)

Akhirnya, kami menyeru pihak
berkuasa agar teguh menjalankan amanah yang terbaik buat rakyat bagi
mereka menjalankan tugas dan amanah selaku pengundi yang perlu memberi
penyaksian parti dan calon yang dipercayainya. Kami yakin, pihak
berkuasa tentunya bijak dalam memutuskan keputusan dalam hal ini.

Sekian dari kami,
1. Dr. Zaharuddin Abd Rahman (Pengerusi)
2. Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri
3. Dr. Zahazan Mohamed
4. Dr. Maszlee Malek
5. Dr. Abd Basit Abd Rahman
6. Dr. Ahmad Wifaq Mokhtar
7. Dr. Khairuddin Aman Razali
8. Dr. Sukki Othman
9. Ustaz Roslan Mohammad
10. Ustaz Zamri Zainuldin
11. Ustaz Mohd Nidzam Abd Kadir
12. Ustaz Imam Muda Asyraf Ridzuan
13. Ustaz Izhar Ariff Mohd Kashim
14. Ustaz Aizam Mas’ud
15. Ustaz Ahmad Husni Abd Rahman
16. Ustaz Ahmad Fauwaz Fadzil
17. Ustaz Syed Mohamad Nurhisham Tuan Padang
18. Ustaz Ramadan Fitri Elias
19. Ustaz Abdullah Bukhari Abd Rahim
20. Xifu Naseer Abd Rahman


, Terimakasih telah mengunjungi Keimanan.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.

Most Popular

To Top