Uncategorized

Hanya Amal Solleh Yang Kekal

Jumaat, 20 Jamadil Awal 1446H   | Hanya Amal Solleh Yang Kekal

سَمِعَ أَنَسَ بْنَ مَالِكٍ يَقُولُ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَتْبَعُ الْمَيِّتَ ثَلَاثَةٌ فَيَرْجِعُ اثْنَانِ وَيَبْقَى مَعَهُ وَاحِدٌ يَتْبَعُهُ أَهْلُهُ وَمَالُهُ وَعَمَلُهُ فَيَرْجِعُ أَهْلُهُ وَمَالُهُ وَيَبْقَى عَمَلُهُ

Telah mendengar Anas bin Malik bahawa, Rasulullah SAW bersabda: “Mayat akan diiringi dengan tiga perkara, yang dua akan kembali hanya satu yang menemaninya. Ia akan diiringi oleh keluarganya, hartanya dan amalnya. Harta dan keluarganya akan kembali meninggalkannya, hanya amalnya yang akan terus tetap bersamanya.” (HR Bukhari No: 6033) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Bila mati anak Adam, akan mengiringi mayatnya kekubur terdiri daripada ahli keluarga, harta juga amalnya.

2.  Selepas pengkebumian, dua yang mengiringi akan pulang:

a.  Ahli keluarga akan pulang kerumah masing-masing untuk meneruskan kehidupan seperti biasa.
b.  Harta yang ditinggalkan simati akan diagih-agihkan kepada pewaris.

3.  Yang kekal mengiringi si mati hanyalah amalnya. Jika banyak amal solleh semasa dia hidup dahulu – beruntunglah si mati, amal itu menjadi teman dan pembantunya.

Marilah kita memastikan semasa kita hidup untuk membanyakkan amal yang boleh dijadikan teman dan menjadi bekalan kita nanti.


, Terimakasih telah mengunjungi Keimanan.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.

Most Popular

To Top