Manaqib

Habib Alwi bin Ahmad al-Haddad

Nama penuhnya ialah asy-Sayyid al-Imam al-‘Arif billah, Bahrul Ulum al-Jahbadz ‘Alwi bin Ahmad bin Hasan bin Quthubul Irsyad Habib ‘Abdullah bin Alawi bin Muhammad al-Haddad. Dilahirkan di Kota Tarim pada 12 Ramadhan 1163H dan wafat pada tahun 1232H. Mendapat pendidikan awal daripada datuknya, Habib Hasan bin Habib ‘Abdullah al-Haddad serta ayahandanya sendiri. Beliau diberinama Alwi oleh datuknya tersebut sempena nama saudara kandungnya Habib Alwi bin Abdullah al-Haddad. Beliau merupakan cicit kepada Shohibur Ratib, Habib ‘Abdullah al-Haddad.

Kemudian dia mencari ilmu ke Makkah, Madinah, serata Yaman, Oman dan negeri-negeri Farsi dan telah berguru dengan ramai ulama pada waktu tersebut. Kitab-kitab karangannya banyak melebihi 100 buah, bahkan beliau adalah ulama Alawiyyin yang paling banyak karangannya yang sampai kepada kita. Di antara karangannya ialah:

  1. “Misbahul Anamul wa Jala-udhz -Dzalam” yang menerangkan kesesatan faham Wahhabi dan pengasasnya Ibnu ‘Abdul Wahhab an-Najdi;
  2. “As-Saiful Batir li unuqil munkiri ‘alal akabir” juga berisi penolakan terhadap faham Wahhabi;
  3. “Al-Mawahib wal Minan fi manaqib Quthubiz Zaman al-Hasan”;
  4. “Ahsanul Qawl wal Khitab fi bayani afdhaliyyatil Ashhab”;
  5. “Al-Waadhihaatul Adillah fi ahkamil Ahillah”;
  6. “Al-Qawlut Taam fi da’watil ‘awam”;
  7. Al-Ifadah fi ‘addi man tashihu minhum al-Jumu`ah bila i`adah”.

Beliau adalah antara ulama yang telah menentang fahaman Wahhabiyyah dan beliau termasuk ulama yang sempat sezaman dengan Ibnu ‘Abdul Wahhab an-Najdi. Apa yang dialaminya dan dilihatnya adalah “first hand information”, maka terpulanglah kepada kita untuk berfikir secara rasional sama ada untuk mempercayainya atau mendustainya.

Mari hadiahkan al-Fatihah buat al-Habib beserta para leluhurnya.


, Terimakasih telah mengunjungi Keimanan.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.

Most Popular

To Top