Uncategorized

Golongan Penghuni Syurga

 Selasa, 16 Safar 1444H: Golongan Penghuni Syurga

عن عياض بن حمار المجاشعي رضي الله عنه عن
النبي صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قال : وَأَهْلُ الْجَنَّةِ
ثَلَاثَةٌ ذُو سُلْطَانٍ مُقْسِطٌ مُتَصَدِّقٌ مُوَفَّقٌ وَرَجُلٌ رَحِيمٌ
رَقِيقُ الْقَلْبِ لِكُلِّ ذِي قُرْبَى وَمُسْلِمٍ وَعَفِيفٌ مُتَعَفِّفٌ
ذُو عِيَالٍ

Daripada Iyadh bin Himar al-Mujasyai RA, dari Nabi
SAW baginda bersabda: “Penghuni syurga itu terdiri daripada tiga
golongan; iaitu penguasa yang berlaku adil, gemar bersedekah dan diberi
kurnia taufik (Allah), seorang yang penuh kasih sayang dan lemah lembut
kepada setiap kerabat dan sesama muslim, dan seorang yang suci dan
miskin namun menjaga dirinya dari meminta-minta” 

(Sahih Muslim No:
5109) Status : Hadis Sahih

Pengajaran

Antara golongan yang akan menjadi penghuni Syurga ialah:

1.Penguasa
atau pemimpin yang adil, sentiasa pemurah dengan bersedekah dan diberi
kurnia taufik oleh Allah dalam menjalankan tanggungjawab.

2.Orang yang memiliki sifat kasih sayang dan lemah lembut kepada setiap kerabat dan sesama muslim yang lain

3.Orang yang suci hatinya walaupun miskin namun menjaga dirinya dari menjadi peminta sedekah.


, Terimakasih telah mengunjungi Keimanan.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.

Most Popular

To Top