fatawa

Ghayah Talkhish al-Murad Min Fatawa Ibn Ziyad

Kitab Ghayah Talkhish al-Murad Min Fatawa Ibn Ziyad (غاية تلخيص المراد من فتاوى ابن زياد) merupakan sebuah
kitab yang menghimpunkan sebahagian dari fatwa-fatwa yang pernah dikeluarkan
oleh al-Imam Abdul Rahman bin Abdul Karim bin Ziyad al-Zabidi al-Yamani
(900-975H), seorang mufti negara Yaman pada zamannya.

Usaha penyusunan kitab ini dilakukan oleh al-‘Allamah Sayyid ‘Abdur
Rahman bin Muhammad bin Husain bin ‘Umar Ba ‘Alawi al-Hadhrami (1250- 1320H),
seorang tokoh ulama mazhab Syafi’i yang terkenal dan mufti bagi negeri
Hadhramaut, Yaman pada zamannya. Dalam penyusunan kitab ini, Syeikh  Sayyid Abdul Rahman Ba ‘Alawi telah
meringkaskan ibarat atau teks asal kitab Fatawa Ibn Ziyad.  Di samping itu, beliaau juga ada menyebutkan
di akhir setiap teks fatwa tersebut, sama ada ianya sepakat dengan fatwa atau
pendapat Imam Ibn Hajar al-Haytami ataupun menyalahinya.

Kitab ini telah diterbitkan oleh beberapa syarikat penerbitan
dengan cetakan bersama kitab beliau yang lain yang berjudul Bughyah
al-Mustarsyidin fi Talkhish Fatawa Ba’dh al-Aimmah al-Muta-akhkhirin
 ”

Kitab ini boleh dibaca secara atas talian di pautan http://www.al-eman.com/%D8%A7%D9%84%D9%83%D8%AA%D8%A8/%D8%BA%D8%A7%D9%8A%D8%A9%20%D8%AA%D9%84%D8%AE%D9%8A%D8%B5%20%D8%A7%D9%84%D9%85%D8%B1%D8%A7%D8%AF%20%D9%85%D9%86%20%D9%81%D8%AA%D8%A7%D9%88%D9%89%20%D8%A7%D8%A8%D9%86%20%D8%B2%D9%8A%D8%A7%D8%AF/i696&p1  dan dimuat turun bersama kitab Bughyah
al-Mustarsyidin di pautan
بغية المسترشدين في تلخيص فتاوى بعض الأئمة المتأخرين
 

Semoga bermanfaat.


, Terimakasih telah mengunjungi Keimanan.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.

Most Popular

To Top