Fiqh Syafi_'iyyah

Ghayah al-Murtaja Syarh Safinah al-Naja


Buku
yang ingin dibicarakan secara ringkas dalam catatan ini adalah sebuah karya
Shahibul Samahah Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri, – kini Mufti Wilayah
Persekutuan – yang berjudul “ Ghayah
al-Murtaja Syarh Safinah al-Naja
”  (
غاية المرتحى شرح سفينة النجا) dengan judul Melayunya “Penghujung untuk Orang-Orang yang
Berharap Syarah kepada (kitab) Bahtera Penyelamat’.

Buku
karya Datuk Dr Zulkifi Mohamad Al-Bakri ini merupakan sebuah buku terjemahan,
yang disertakan huraian dalam Bahasa Melayu bagi kitab Safinah al-Naja (
سفينة النجا),
karya al-‘Allamah Syeikh Salim bin Abdullah bin Saad bin Abdullah bin Sumair al-Hadhrami
al-Syafi’i (1271H).

Buku
ini mempersembahkan huraian sebuah kitab ringkas berkenaan dasar-dasar asas
ilmu fiqh berdasarkan pandangan Mazhab Syafi’i. Seiring dengan kesedaran agama
semasa, buku ini begitu solid (padat) dan mudah, serta secara langsung
membincangkan kesimpulan hukum fiqh tanpa menyertakan dalil dan dasar penetapan
hukum dengan begitu panjang lebar dan memberatkan. Disebabkan itu, ia begitu
sesuai untuk rujukan pantas dan segera para pelajar dan orang-orang yang baru
ingin mengenali Islam.

Buku
ringkas ini mencakupi panduan lengkap mengenai asas akidah dan beberapa
perbahasan fiqh ibadat. Sebagaimana kitab asalnya,  perbincangan dalam buku ini hanya merangkumi beberapa
tajuk asas  yang dibahagikan kepada 5
bahagian, iaitu;

        a)    
Bahagian
1: Akidah 

        b)     Bahagian 2: Taharah

        c)      Bahagian 3: Solat

        d)     Bahagian 4: Pengurusan
Jenazah

        e)    
Bahagian
5: Zakat

Buku
setebal 256 halaman ini, telah diterbitkan dengan cetakan pertamanya pada awal
tahun 2016 oleh PTS Publishing House. Untuk membeli buku ini, pembaca boleh
layari web site penerbitnya
http://pts.com.my/buku/bahtera-penyelamat/.

Semoga
bermanfaat.


, Terimakasih telah mengunjungi Keimanan.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.

Most Popular

To Top