Uncategorized

GHAYAH (غاية)


Dalam catatan ini akan
disenaraikan nama-nama kitab yang dimulai dengan perkataan Ghayah  (
غاية). Insya
Allah akan ditambah lagi  kitab-kitab
lain. Semoga bermanfaat.


1)   Kitab al-Ghayah
fi Ikhtishar al-Nihayah (
الغاية في اختصار النهاية ). Ia adalah sebuah karya fiqh mazhab Syafi’i
yang disusun oleh  Sulthanul ‘Ulama’ Imam
‘Izzuddin bin ‘Abdul Salam (660H). Kitab al-Ghayah ini disusun sebagai
ringkasan bagi kitab Nihayah al-Mathlab Fi Dirayah al-Mazhab (
نهاية المطلب في دراية
المذهب
), karya
al-Imam Abu  al-Ma’ali ‘Abdul Malik bin
‘Abdullah bin Yusuf bin Muhammad bin ‘Abdullah al-Juwaini al-Naisaburi
(419-478H). Baca lagi..

2)    Kitab al-Ghayah
al-Qushwa fi Dirayah al-Fatwa (
الغاية القصوى في دراية
الفتوى
). Ia adalah sebuah kitab fiqh mazhab Syafi’i yang
disusun oleh Qadhi al-Qudhat Nashiruddin Abdullah bin Umar bin Muhammad bin Ali
al-Baydhawi al-Syairazi (685H). Kitab al-Ghayah al-Qushwa
ini asalnya disusun oleh al-Baydhawi sebagai ringkasan (mukhtashar) bagi kitab
al-Wasith fi al-Mazhab, karya Hujjatul Islam al-Imam Abu Hamid al-Ghazali
(450-505H). Namun begitu, kitab al-Ghayah al-Qushwa bukan sekadar ringkasan
kitab al-Wasith, bahkan penyusunnya telah membuat beberapa penambahan dan
penilaian terhadap beberapa permasalahan yang disebutkan dalam kitab al-Wasith.
Baca lagi..

3)  Kitab al-Ghayah
wa al-Taqrib (
الغاية والتقريب) atau
Matan Abi Syujaa’ (). Ia merupakan sebuah 
matan fiqh dalam mazhab Syafi’i yang disusun Imam Abu Syuja’ Ahmad bin
al-Husain al-Asfahani (433-493H). . Baca lagi..

4)    Kitab Ghayah
al-Maram fi Syarh Syuruth al-Ma’munm wa al-Imam (
غاية المرام في شرح
شروط المأموم والإمام
) adalah sebuah karya
fiqh yang disusun khusus mengenai syarat-syarat makmum dan imam dalam
pelaksanaan solat berjemaah berdasarkan pandangan mazhab Syafi’i. Kitab ini disusun
oleh al-Imam Syamsuddin Muhammad bin Syihabuddin Abu al-‘Abbas Ahmad bin Ahmad
bin Hamzah al-Ramli al-Munufi (919-1004H), sebagai huraian (syarah) bagi karya
bapa beliau al-Imam Syihabuddin Abu al-‘Abbas Ahmad bin Ahmad bin Hamzah
al-Ramli (957H) yang berjudul Syuruth al-Ma’mun wa al-Imam (
شروط المأموم والإمام). Baca lagi..

5)     Kitab al-Ghayah fi Syarh al-Hidayah fi ‘Ilm
al-Riwayah (
الغاية في شرح الهداية في
علم الرواية
) merupakan sebuah karya mengenai ilmu hadis yang disusun oleh al-Imam
al-Hafizh Syamsuddin al-Sakhawi al-Syafi’i (831-902H).  Kitab al-Ghayah ini disusun sebagai huraian
bagi kitab al-Hidayah fi ‘Ilm al-Riwayah (
الهداية في علم الرواية), iaitu sebuah kitab yang disusun dalam bentuk nazam oleh al-Imam al-Hafizh
Ibn al-Jazari (751-833H). Baca lagi.. 

6)   Kitab
Ghayah al-Bayan Fi Syarh Zubad Ibn Ruslan (
غاية البيان في شرح زبد ابن رسلان)
adalah sebuah karya fiqh mazhab Syafi’i yang disusun
oleh Imam Syamsuddin Muhammad bin Abu al-‘Abbas Ahmad bin Hamzah bin Ahmad
Syihabuddin al-Ramli al-Munufi (919-1004 H). Kitab Ghayah al-Bayan ini disusun
sebagai huraian (syarah) bagi Matn al-Zubad (
متن الزبد), iaitu sebuah matan fiqh karya Syihabuddin Abu
al-‘Abbas Ahmad bin al-Husain bin Hasan bin ‘Ali bin bin Ruslan al-Ramli
al-Maqdisi al-Syafi’i (753H -844H).
Baca lagi…

7)   Kitab Ghayah
al-Maram Fi Takhrij Ahadits al-Halal wa al Haram  (
غاية المرام في تخريج أحاديث الحلال والحرام)
merupakan sebuah karya al-Muhaddits Syaikh Muhammad Nashiruddin al-Albani (),
seorang ulama hadis yang terkenal masa kini. Kitab ini disusun secara khusus
bagi meneliti status hadits-hadits yang dimuatkan oleh al-‘Allamah Syaikh Dr.
Yusuf al-Qaradhawi di dalam karya beliau yang terkenal, iaitu kitab  al-Halal wa al-Haram (
الحلال والحرام). Baca lagi….


, Terimakasih telah mengunjungi Keimanan.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.

Most Popular

To Top