
syafi’iyyah [juga terdapat bab tauhid dan tasawuf] yang diterjemah dan
disyarahkan oleh ulama besar alam Melayu itu Bahjah al-Din al-‘Alim al-‘Allamah al-‘Arif al-Rabbani Shahib al-Karamah
al-Syaikh Daud bin Syaikh Wan ‘Abdullah al-Fathani dari sebuah nazam
yang dikenali dengan Matan Zubad. Matan Zubad adalah salah sebuah karya bahasa
Arab dalam bentuk puisi yang mengandungi lebih daripada 1,000 bait yang sangat
terkenal di seluruh dunia Islam. Sejak dari dahulu sehingga kini penghafalan
Matan Zubad diberi penekanan oleh institusi-institusi tradisional Islam seperti
di pondok-pondok atau pesantren-pesantren.
Matan Zubad adalah hasil karya Abu
al-Abbas Ahmad ibn Hussein ibn Hasan ibn ‘Ali ibn Yusuf ibn ‘Ali ibn Arsalan
al-Ramli [753H -844H]. Dikenali dengan Ibn Ruslan. Lahir di Ramlah,
Palestin dan wafat di Baitulmaqdis, Palestin. Matan Zubad ini banyak
disyarahkan oleh para ulama seperti;
1. Ghayah
al-Bayan fi Syarh Zubad Ibn Ruslan oleh al-‘Allamah Syamsuddin al-Ramli,
al-Bayan fi Syarh Zubad Ibn Ruslan oleh al-‘Allamah Syamsuddin al-Ramli,
2. Mawahib al-Shomad fi Hal Alfaadz
al-Zubad oleh Syaikh Ahmad al-Hijazi al-Fasyani,
al-Zubad oleh Syaikh Ahmad al-Hijazi al-Fasyani,
3.Ifaadah al-Saadah al-Umad bi Taqrir Ma’ani
Nazam al-Zubad oleh al-‘Allamah al-Sayyid Muhammad bin Ahmad bin ‘Abd al-Baari
al-Ahdal,
Nazam al-Zubad oleh al-‘Allamah al-Sayyid Muhammad bin Ahmad bin ‘Abd al-Baari
al-Ahdal,
4.Faidh al-Manan
Syarh Zubad Ibn Ruslan oleh al-‘Allamah al-Sayyid Yusuf bin Muhammad al-Bathah
al-Ahdal dan lain-lain lagi.
Syarh Zubad Ibn Ruslan oleh al-‘Allamah al-Sayyid Yusuf bin Muhammad al-Bathah
al-Ahdal dan lain-lain lagi.
Dalam bahasa Melayu ada dua buah syarah, syarah pertama diselenggarakan
al-‘Allamah Syaikh Daud ‘Abdullah al-Fathani yang diberi nama Fath al-Mannan Tarjamah li Shafwah al-Zubad
dan kedua, diselenggarakan oleh Tuan Guru ‘Abdul Qadir Ismail al-Sanawi al-Fathani.
Syarah yang kedua tidak sempat diselesaikan, masih berupa manuskrip.
Fath al-Mannan, diselesaikan di Makkah
pada hari Ahad, 16 Ramadan 1249H bersamaan 27 Januari 1834M. Dicetak
hampir seratus tahun setelah selesai penulisan, tepatnya pada 10 Sya’aban 1330H
oleh Mathba’ah al-Miriyah al-Kainah, Makkah. Dicetak atas usaha Syeikh
‘Abdullah Daud, Syeikh Muhammad Nur Daud kedua-duanya anak Syeikh Muhammad
Ismail Daudi al-Fathani. Beberapa halaman bahagian akhir kitab ini dicetak juga
satu risalah berjudul Muzakarah al-Ikhwan, juga karangan al-‘Allamah Syaikh
Daud al-Fathani yang diselesaikan pada malam Isnin, 20 Ramadan 1249H/31 Januari
1834M, iaitu beberapa hari setelah diselesaikan kitab Fath al-Mannan.
Kandungan kitab Fath al-Mannan Tarjamah li Shafwah al-Zubad ini meliputi ilmu
tauhid, fiqih dan tasawuf. Sebuah kitab yang indah gaya bahasa lagi padat
isinya.
sumber: http://pustaka-alfanshuri.blogspot.com/2008/12/kitab-fath-al-mannan-tarjamah-li.html

, Terimakasih telah mengunjungi Keimanan.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.