Fath al-Jawab

FATH AL-JAWAD BI SYARH MANZUMAH IBN AL-‘IMAD


Kitab Fath al-Jawad[1]
bi Syarh Manzumah Ibn al-‘Imad (
فتح الجواد بشرح منظومة
ابن العماد
), merupakan sebuah karya
fiqh dalam mazhab Syafi’i yang disusun  oleh al-Imam Shihab al-Din Abu al-
ʿAbbas Amad
ibn
amzah al-Ramli al-Anari al-Syafi’i (957H).

Kitab Fath al-Jawwad ini disusun sebagai huraian
(syarah) bagi kitab Manzumah Ibn al-‘Imad fi al-Ma’fuwat (
منظومة ابن العماد في المعفوات)  atau judul lengkapnya Manzumah Ibn ‘Imad fi
al-Najasat al-Ma’fu ‘anha (
منظومة ابن العماد
في النجاسات المعفو عنها
), iaitu sebuah kitab fiqh
yang disusun dalam bentuk nazam oleh seorang ulama yang terkenal dalam mazhab
al-Syafi’i, iaitu al-Imam Syihabuddin Abu al-‘Abbas Ahmad bin al-‘Imad bin
Yusuf al-Aqfahsi (808H).

Kitab Fath al-Jawwad ini, kemudiannya – telah
diberikan komentar (
حاشية) pula oleh al-‘Allamah Syaikh Husain bin Sulaiman
al-Rasyidi () melalui karyanya Hasyiah al-‘Alllamah al-Syaikh Husain
al-Rasyidi ‘ala Fath al-Kawad (
حاشية العلامة الشيخ
حسين الرشيدي على فتح الجواد
). Manakala Syaikh
Sulaiman al-Jamal al-‘Ujaili (1204H) ada membuat beberapa catatan pinggir (
تقريرات) terhadap kitab Fath
al-Jawwad ini.

Semoga bermanfaat.


[1] Terdapat sebuah kitab yang lain juga
berjudul Fath al-Jawad, iaitu judul lengkapnya Fath al-Jawad
‘ala  Syarh al-Irsyad (
فتح الجواد على شرح
الإرشاد
), karya Ibn Hajar
al-Haytami (909-974H). Kitab ini merupakan sebuah hasyiah (komentar) terhadap
kitab yang disusun oleh al-Imam Ibn al-Muqri, Ismail bin Abu Bakr bin Abdullah
al-Muqri al-Zabidi al-Yamani (755-837H)  yang  berjudul al-Ikhlash al-Nawiy fi Syarh
al-Irsyad al-Ghawi (
إخلاص الناوي شرح إرشاد الغاوي إلى مسالك الحاوي). Sedangkan kitab al-Ikhlash al-Nawiy ini
merupakan huraian bagi kitab 
al-Irsyad al-Ghawi, iaitu sebuah karya Imam
Ibn al-Muqri sendiri. 

, Terimakasih telah mengunjungi Keimanan.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.

Most Popular

To Top