Fiqh Syafi_'iyyah

Fath al-Jawad bi Syarh al-Irsyad

Kitab Fath
al-Jawad bi Syarh al-Irsyad (
فتح الجواد بشرح الإرشاد) merupakan salah
satu kitab-kitab fiqh karya al-Shaykh Ibn Hajar al-Haytami yang terkenal. Fath
al-Jawad
adalah ringkasan kitab al-Imdad bi Syarh al-Irsyad yang
juga merupakan karya beliau. Kedua-dua kitab ini adalah huraian (syarh)
kepada kitab 
al-Irsyad karya al-Imam Isma‘il bin Abi Bakr Ibn al-Muqri
al-Yamani (837H).
Fath al-Jawad ‘ala Syarh al-Irshad merupakan sebuah
penulisan fiqh yang dikarang dengan susunan-susunan topik yang menarik dan
mendapat sambutan yang baik terutamanya di Yaman.



Terdapat dua hasyiah
bagi kitab ini, iaitu hasyiah yang dilakukan oleh Ibn Hajar
al-Haytami sendiri dan Hasyiah al-‘Allamah al-‘Uqaybi al-Yamani. al-Imam ‘Abd
Allah Ba Qushayr (1076H) telah mencuba melakukan ringkasan terhadap kitab
ini tetapi beliau tidak dapat menyelesaikan usahanya itu. Fath al-Jawad ‘ala Syarh
al-Irshad
ini berada di tangga yang kedua selepas Tuhfah al-Muhtaj Bi Syarh
al-Minhaj
untuk dimuktamadkan pandangan-pandangan di dalamnya jika berlaku
percanggahan pandangan beliau dalam karangan-karangan fiqhnya.

Namun kitab ini termasuk kitab yang jarang ditemui di pasaran maupun di tangan para pelajar fiqh Syafi’i sendiri bahkan di pesantren-pesantren/pondok-pondok juga sangat jarang ditemui kitab ini, padahal dalam Kitab Hasyiah I`anah al-Thalibin isi kitab Fath al-Jawad sangat sering dinukilkan oleh Sayydi Bakri Syatha. Al-hamdulillah sekarang kitab ini telah diterbitkan kembali oleh penerbit Dar Kutub Ilmiyah dalam tiga jilid.



Kitab ini boleh dimuat turun di

sini atau di pautan berikut:  jilid 1, jilid 2, jilid 3

Semoga bermanfaat.


, Terimakasih telah mengunjungi Keimanan.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.

Most Popular

To Top