
Imam al-Ghazali merupakan sebuah kitab yang menghimpunkan beberapa
fatwa-fatwa Imam Abu Hamid Muhammad bin Muhammad al-Ghazali al-Thusi (450-505H) mengenai
masalah fiqh menurut mazhab al-Syafi’i. Dalam kitab ini terdapat sebanyak 190
masalah yang telah dihuraikan Imam al-Ghazali berdasarkan persoalan-soalan yang
dikemukakan kepada beliau.
yang kita ketahui Imam al-Ghazali adalah seorang ulama fiqh terkemuka dalam
mazhab al-Syafi’i. Kitab-kitab fiqh karyanya seperti al-al-Basith, al-Wasith dan
Wajiz
telah menjadi rujukan utama para ulama selepas beliau.
Kitab Fatawa
ini boleh dikategorikan sebagai kitab yang langka, kerana susah untuk
dapatkannya. Tidak sebagaimana
kitab-kitab beliau yang lain seperti Ihya’ ‘Ulumiddin dan karya-karya
tasawwufnya banyak beredaran di pasaran, sama ada dalam bahasa ‘Arab maupun
terjemahannya dalam berbagai bahasa.
maklumat yang saya dapati terdapat sebuah edisi kitab ini yang telah cetak dan
telah dicopy dalam file PDF. Kitab ini telah dtahqiq oleh Musthafa Mahmud Abu
Shawi dan diterbitkan oleh Ma’ahad al-‘Ali al-‘Alami li al-Fikr wa al-Hadharah
al-Islamiyyah (ISTAC), Kuala Lumpur pada tahun 1996. Bagi mendapat
maklumat lanjut mengenai kitab ini dan membaca isi kandungannya, sila download
kitab ini pada pautan di bawah. Semoga dengan adanya kitab ini boleh menjadikan
wasilah keberkahan dan mengabadikan ilmu-ilmu para ulama yang menjadi para
pewaris para Nabi.
أبو صوى.
Kitab PDF
Link 2, Link 3, Archiev
Maklumat awal mengenai kitab Fatawa al-Ghazali
ini, saya dapati dari http://kitab-islami.blogspot.com/2013/04/download-kitab-fatawa-imam-al-ghazali.html. Namun begitu, artikel di atas saya telah susun kembali dengan beberapa
tambahan berdasarkan tela’ah ringkas saya terhadap kitab tersebut. Maklumat lanjut mengenai kitab ini juga boleh dibaca di http://www.ghazali.org/site-ms/oeuvre-j.htm. Semoga
bermanfaat.

, Terimakasih telah mengunjungi Keimanan.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.