fatawa

Fatawa al-Ramli



Kitab
Fatawa al-Ramli fi Furu’ al-Fiqh al-Syafi’i ” merupakan sebuah kitab fiqh
dalam mazhab Syafi’i yang menghimpunkan fatwa-fatwa al-Imam Syihabuddin Abu
al-‘Abbas Ahmad bin Hamzah al-Ramli al-Anshari (957H), yang terkenal dengan gelaran
al-Ramli al-Kabir.

Penyusunan
kitab ini diusahakan oleh anak beliau, iaitu al-Imam Syamsuddin Muhammad bin
Ahmad al-Ramli, yang terkenal dengan gelaran al-Ramli al-Shaghir (1004H)[1]. Kitab ini terkenal dengan judul “ Fatawa al-Ramli al-Kabir  ”, iaitu merujuk kepada Imam Syihabuddin
al-Ramli. Namun begitu, ada juga para ulama yang menyebut judul kitab ini
sebagai “ Fatawa al-Ramli al-Kabir wa
al-Shaghir
”, iaitu dengan menggabungkan dan menisbahkan kitab ini kepada
kedua-dua imam ini. Oleh itu, kebiasaannya – 
penulis yang memetik fatwa dalam kitab ini akan menyebut; “ Menurut Imam Syihabuddin al-Ramli dan
diikuti oleh anaknya Imam Syamsuddin al-Ramli dalam kitab al-Fatawa-nya
”. Namun begitu, terdapat juga yang menyebutkan judul kitab ini sebagai ” Fatawa Syamsuddin al-Ramli “, iaitu menisbahkan kitab ini kepada penyusun atau penghimpun fatwa ini, iaitu Imam al-Ramli al-Shaghir.


Sekadar
pengamatan saya, selain kitab 
Fatawa Fiqhiyyah al-Kubra, iaitu karya al-Imam Syihabuddin Ahmad bin Hajar
al-Haytami, maka kitab Fatawa al-Ramli
ini  merupakan antara  kitab fatwa yang menjadi rujukan utama para
ulama mazhab Syafi’i yang kebela
kangan (mutaakhirin). Sekadar contoh, kandungan
kitab Fatawa al-Ramli ini juga
menjadi rujukan utama Syaikh Daud bin Abdullah al-Fathani ketika menyusun
kitab beliau yang terkenal 
Furu’ al-Masail wa Ushul al-Washail. Dalam kitab Furu’ al-Masail ini, Syeikh Daud
al-Fathani menyebutkan kitab Fatawa al-Ramli ini dengan judul “ Fatawa Syams al-Millah wa al-Din
 ”, iaitu beliau
menisbahkan kitab ini kepada Imam Syamsuddin al-Ramli ( al-Ramli al-Shaghir). 



Isi
kandungan kitab ini disusun mengikut pembahagian bab-bab fiqh, iaitu ibadat,
muamalat, munakahat dan jenayat. Di akhir sekali diletakkan beberapa persoalan
yang mengenai tafsir ayat, hadis, huraian mengenai petikan kata-kata ulama yang
terdapat dalam beberapa kitab fiqh dalam pelbagai bidang seperti usul fiqh,
ilmu kalam, ilmu nahu dan sebagainya.


Kitab
Fatwa al-Ramli ini
  ada dicetak di bahagian
tepi
  kitab Fatawa al-Fiqhiyyah al-Kubra karya Ibnu Hajar al-Haytami.  Untuk membaca kitab Fatawa
al-Ramli i
ni dan kitab Fatawa
al-Fiqhiyyah al-Kubra
, pembaca boleh “download” di pautan; http://www.feqhweb.com/vb/t17981.html. Manakala versi terbitan tersendiri dalam sebuah buku, kitab ini telah diterbitkan oleh Darul Kutub al-‘Ilmiyah, Beirut pada tahun 2011, dalam satu jilid dengan ketebalan 768 halaman.



Semoga bermanfaat.
_______________________
[1] Selain kitab fatwa himpunan anaknya Imam Syamsuddin al-Ramli, terdapat sebuah lagi kitab fatwa yang dinisbahkan kepada Imam Shihabuddin al-Ramli, iaitu kitab Fatawa al-Ramli yang dihimpunkan oleh anak murid beliau yang bernama Imam Syamsuddin Muhammad al-Khathib al-Syarbini (977H).

, Terimakasih telah mengunjungi Keimanan.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.

Most Popular

To Top