Kitab ” Fatawa al-Khalili ‘ala al-Mazhab al-Syafi’i ” merupakan antara kitab himpunan fatawa yang
menjadi rujukan para ulama mazhab Syafi’i yang mutakhir. Kandungan kitab ini
memuatkan himpunan fatwa-fatwa al-‘Allamah al-Syaikh Muhammad bin Muhammad bin
Syarafuddin al-Khalili al-Syafi’i al-Qadiri (1734M / 1147H), seorang ulama fiqh
dan tasauf yang terkenal di Palestin pada pertengahan abad ke 18. Beliau pernah
menjawat jawatan Mufti Syafi’iyyah di bandar al-Quds lebih dari 40 tahun.

Syaikh al-Khalili sebenarnya
tidak menulis sendiri fatwa-fatwanya dalam sebuah buku. Penyebaran fatwa-fatwa beliau
dalam bentuk tulisan dilakukan oleh murid-murid beliau, berdasarkan
catatan-catatan mereka terhadap pandangan dan jawapan Syaikh al-Khalili
mengenai permasalahan agama yang dikemukakan oleh para pelajar dan masyarakat
Islam. Manakala usaha penyusunan fatwa-fatwa Syaikh al-Khalili dalam bentuk
buku (kitab) pula dilakukan oleh seorang murid beliau yang bernama al-Sayyid Ahmad
bin Aminuddin al-Busthami. Menurut penyusunnya, Sayyid Ahmad al-Busthami,
beliau menamakan kitab himpunan fatwa-fatwa gurunya ini dengan judul “ al-Fatawa
al-Muhammadiyyah al-Khaliliyyah ”.

Mengenai kaedah
penyusunan kitab ini, al-Sayyid Ahmad menerangkannya dalam muqaddimah kitab al-Fatawa
ini, katanya; “ … disusun mengikut
bab-bab fiqh, dibuang sebahagian dari soalan-soalan yang berulang dan
jawapan-jawapan yang panjang.”

Isi kandungan
kitab ini pula dimulai dengan beberapa bab yang berkaitan dengan tafsir, hadis,
nahu dan ilmu tauhid. Kemudian dimuatkan dengan persoalan-persoalan yang
berkaitan dengan bab-bab fiqh mengikut susunan perbahasannya. Kitab ini
diakhiri dengan sebuah khatimah (penutup) yang mengandungi dua bab perbahasan; bab
pertama mengenai tasawwuf dan bab kedua pula berkaitan dengan beberapa
persoalan semasa.

Berdasarkan rujukan
saya terhadap kitab Fatawa al-Khalili, kitab ini telah diterbitkan dalam dua
juzuk (jilid); a) Juzuk pertama dimulai dengan
muqaddimah dan riwayat ringkas Syaikh Muhammad al-Khalili. Perbahasan dalam
juzuk ini bermula bab yang berkaitan dengan tafsir dan diakhiri dengan “ Kitab
al-Hibbah ”. b) Juzuk kedua pula, dimulai dengan “ Kitab
al-Luqathah ” dan diakhiri dengan “ Kitab al-Nikah ”.

Untuk mendapat
maklumat lanjut mengenai isi kandungan kitab ini, sila muat turun kitab ini di
pautan http://read.kitabklasik.net/2010/03/fatawa-al-khalili-fi-al-madzhab-al.html.
Kitab ini juga boleh dibaca secara online di pautan http://shamela.ws/index.php/author/2446.
Bagi mengetahui latar belakang Syaikh Muhammad al-Khalili, pembaca boleh
melayari pautan http://www.palestine-studies.org/sites/default/files/hq-articles/Khader%20Salameh.pdf
(artikel dalam bahasa Arab). Semoga bermanfaat.

, Terimakasih telah mengunjungi Keimanan.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.