Amalan

Faedah Dari Bahjah – `Asyura

Keistimewaan hari `Asyura sudah masyhur di sisi kita. Kali ini faqir berhasrat menambah sedikit informasi berkisar kelebihan beramal pada hari yang mulia tersebut. Tok Syaikh Nik Mat Shaghir rahimahullah dalam al-Bahjatul Mardhiyyah pada halaman 128 – 129 menulis sebagai berikut:- …Tersebut dalam Taurat, barangsiapa puasa pada hari `Asyura, maka seolah – olah seperti puasa sepanjang – panjang tahun sekaliannya. Dan barangsiapa menyapu pada hari `Asyura kepala anak yatim, diberi Allah baginya dengan sebilang – bilang urat rambut, satu pohon kayu di dalam syurga atasnya beberapa pakaian barang yang tiada diketahuikan dia melainkan Allah ta`ala. Dan barangsiapa bersedekah pada hari `Asyura, maka seolah – olah seperti tiada meninggal ia akan orang yang meminta – minta melainkan diberikan dia. Dan sabda Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam: “Barangsiapa meluaskan atas anak buahnya dan ahlinya pada hari `Asyura, diluas Allah atasnya sekalian tahunnya,” riwayatkan dia oleh Baihaqi. Dan daripada Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam: “Barangsiapa sembahyang pada hari `Asyura empat rakaat, dibaca pada tiap – tiap rakaat akan Fatihah dan `Qul Huwa Allahu Ahad’ sebelas kali, diampuni Allah baginya akan dosa lima puluh tahun dan dibina baginya mimbar daripada nur. Dan barangsiapa mandi pada hari `Asyura, tiada sakit ia pada tahun itu melaibkan sakit mati. Dan barangsiapa bercelak pada hari `Asyura, tiada sakit matanya pada demikiannya tahun itu.


Inilah sekadarnya yang dimuatkan oleh Tok Syaikh Nik Mat Shaghir dalam kitabnya tersebut. Barang diingat bahawa segala amalan – amalan yang dianjurkan tadi dan kelebihannya masing – masing, maka segala riwayat yang menyandarkan kepada Junjungan Nabi shallaAllahu `alaihi wa salam adalah bermasalah, selain tentang puasa dan melapangkan nafkah bagi keluarga. Namun, memandangkan amalan – amalan tersebut termasuk dalam anjuran umum untuk dilakukan, maka tidaklah menjadi masalah untuk melakukannya, asalkan tidak dinisbahkan fadhilat dan anjuran perlaksanaannya secara khusus pada hari `Asyura kepada Junjungan Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam dengan pasti.

, Terimakasih telah mengunjungi Keimanan.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.

Most Popular

To Top