Uncategorized

Doa Yang Mencukupi Untuk Urusan Agama dan Dunia

Rabu, 9 Jamadil Akhir 1446H  |  Doa Yang Mencukupi Untuk Urusan Agama dan Dunia

حَدَّثَنَا يَزِيدُ بْنُ هَارُونَ أَنْبَأَنَا أَبُو مَالِكٍ سَعْدُ بْنُ طَارِقٍ عَنْ أَبِيهِ أَنَّهُ سَمِعَ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَقَدْ أَتَاهُ رَجُلٌ فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ كَيْفَ أَقُولُ حِينَ أَسْأَلُ رَبِّي قَالَ قُلْ اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي وَارْحَمْنِي وَعَافِنِي وَارْزُقْنِي وَجَمَعَ أَصَابِعَهُ الْأَرْبَعَ إِلَّا الْإِبْهَامَ فَإِنَّ هَؤُلَاءِ يَجْمَعْنَ لَكَ دِينَكَ وَدُنْيَاكَ

Telah menceritakan kepada kami Yazid bin harun telah memberitakan kepada kami Abu Malik Sa’d bin Thariq dari ayahnya bahawa dia mendengar Nabi SAW telah di kunjungi oleh seseorang laki-laki sambil bertanya; “Wahai Rasulullah, apa yang harus  diucapkan ketika aku memohon kepada Rabbku?” baginda menjawab: “Ucapkanlah; Ya Allah, ampunilah aku, kasihanilah aku, berikanlah aku keafiatan dan berilah aku rezeki.” Kemudian baginda merapatkan keempat jari tangannya selain ibu jari: “Sesungguhnya kalimat-kalimat tersebut akan mencukup bagimu agamamu dan duniamu.” (HR Ibnu Majah No: 3835)  Status Hadis: Sahih

Pengajaran:

1.  Berdoa adalah tuntutan seorang Muslim dan tanda kebergantungan kita kepada Allah.

2.  Rasulullah SAW mengajar satu doa yang mencakupi keperluan hamba di dunia dan akhirat yang mengandungi empat permintaan utama  iaitu Keampunan, Rahmat, Kesihatan dan Rezeki.

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي وَارْحَمْنِي وَعَافِنِي وَارْزُقْنِي

Ya Allah, ampunilah aku, rahmatilah aku, berikanlah aku kesihatan dan kurniakanlah aku rezeki

3. Keutamaan meminta keampunan terlebih dahulu اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي” (Ya Allah, ampunilah aku) kerana dosa adalah penghalang kepada keberkatan hidup. Keampunan Allah adalah kunci kepada kebahagiaan dunia dan akhirat.

4. Memohon Rahmat Allah untuk kehidupan yang penuh berkat  “وَارْحَمْنِي” (Rahmatilah aku) mengingatkan kita bahawa rahmat Allah adalah sebab utama untuk kejayaan dunia dan keselamatan di akhirat.

5. Memohon kesihatan dan keselamatan “وَعَافِنِي” (Sihatkanlah aku) menunjukkan pentingannya kesihatan fizikal, mental, dan emosi dalam menjalani kehidupan dengan sempurna.

6. Memohon rezeki yang mencukupi “وَارْزُقْنِي” (Kurniakanlah rezeki kepadaku) mengingatkan bahawa rezeki datang daripada Allah. Permohonan ini merangkumi rezeki material dan spiritual yang mencukupi untuk kehidupan yang baik.


, Terimakasih telah mengunjungi Keimanan.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.

Most Popular

To Top