al-Nawawi

DAQA-IQ AL-MINHAJ (دقائق المنهاج)


Kitab
Daqa-iq
al-Minhaj
(
دقائق المنهاج) merupakan sebuah karya Imam Muhyiddin
Abu Zakariyya Yahya bin Syaraf al-Nawawi (676H), seorang tokoh utama mazhab
Syafi’i yang terkenal dengan gelaran al-Nawawi.


Ketika
Imam al-Nawawi menyusun kitab Minhaj
al-Thalibin
  sebagai ringkasan bagi
kitab al-Muharrar karya Imam Abu
al-Qasim Abdul Karim bin Muhammad bin Abdul Karim al-Rafi‘i al-Qazwaini (624H),
yang terkenal dengan gelaran al-Rafi’i, beliau juga telah menyusun sebuah kitab
lain yang mempunyai kaitan dengan kitab al-Minhaj dan al-Muharrar. Kitab inilah
yang beliau berikan judul Daqa-iq
al-Minhaj
. Perkara ini ada disebutkan sendiri oleh Imam Nawawi dalam muqaddimah kitab Minhaj al-Thalibin-nya.


Sesuai
dengan namanya, kitab kecil ini merupakan penjelasan bagi beberapa permasalahan
dan istilah yang disebutkan oleh Imam al-Nawawi ketika penyusunan kitab
al-Minhaj. Dalam kitab Daqa-iq al-Minhaj
ini, Imam Nawawi menerangkan faedah penambahan atau pengurangan beberapa kalimat
yang beliau lakukan  terhadap kandungan kitab
Muharrar. Selain itu, Imam Nawawi juga ada menerangkan maksud beberapa lafaz atau
perkataan yang terdapat dalam kitab al-Muharrar.


Walaupun
kitab ini agak kecil berbanding karya-karya Imam al-Nawawi yang lain, namun isi
kandungannya sangat penting dalam bidang fiqh mazhab Syafi’i, khususnya dalam
memahami isi kandungan kitab Minhaj al-Thalibin dan al-Muharrar. 

Kitab ini ada diterbitkan
oleh Dar Ibn Hazm, Beyrut dalam satu jilid setebal 96 halaman.



Kitab
Daqaid al-Minhaj ini telah diberikan huraiannya oleh Imam al-Nawawi sendiri
melalui karyanya yang berjudul Durr
al-Wahhaj Syarh Daqa-iq al-Minhaj
(
الدر الوهاج شرح دقائق المنهاج). Selain Imam al-Nawawi, Syaikh Nuruddin Mahmud bin
Ahmad bin Muhammad al-Hamdani al-Fayyumi, yang terkenal dengan nama Ibn Khathib
al-Dahsyah al-Hamawi (834H) juga ada menyususun sebuah kitab sebagai huraian
bagi kitab Daqa-iq al-Minhaj ini.
.


Kitab
Daqaiq al-Minhaj boleh dibaca secara online di pautan;

http://shamela.ws/browse.php/book-6134
atau dimuat turun fail
word di pautan
http://www.almeshkat.net/books/archive/books/d_mnhaj.zip

Semoga bermanfaat.

, Terimakasih telah mengunjungi Keimanan.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.

Most Popular

To Top