

Begitulah pernyataan salah seorang ulama besar benua IndoPak dalam Majmu`al Malfuzat: al-Kalam al-Hasan yang dterjemahkan dalam Bahasa Inggeris pada halaman 106. Maka amalan membaca kitab shalawat Dalailul Khairat tidak dipertikaikan oleh majoriti ulama di sana, samada Deobandi atau Barelwi. Mereka tidak mempermasalahkan ungkapan shighah – shighah shalawat yang disusun oleh Imam al-Jazuli rahimahullah, yang dipertikaikan adalah beberapa hadis yang disebut oleh beliau dalam mukaddimahnya yang mengikut disiplin ahli hadis tidak sabit. Para ulama kita bersikap adil, buang yang keruh ambil yang jernih; berbeza dengan puak sebelah yang marahkan nyamuk kelambu dibakar. Wujudnya satu dua hadis bermasalah tidak menjadikan Dalailul Khairat sebagai kitab sesat yang perlu dibakar. Berlaku adil kepada penyusunnya yang diiktiraf oleh ramai ulama sebagai seorang yang alim, faqih lagi wali. Ra-isul Muhadditsin, Mawlana Zakaria al-Kandahlawi rahimahullah dalam karangan beliau Fadhail Duruud Syarif pada halaman 155 menulis: Syaikh Zarruq rahimahullahu ta`ala menulis bahawa kubur penyusun Dalailul Khairat (Syaikh Abu Abdullah Muhammad bin Sulaiman al-Jazuli rahimahullah) berbau wangi semerbak harum bagaikan kasturi dan anbar kerana keberkatan shalawat.

, Terimakasih telah mengunjungi Keimanan.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.