Busyra al-Karim

BUSYRA AL-KARIM BI SYARH MASA-IL AL-TA’LIM


Kitab Busyra
al-Karim bi Syarh Masa-il al-Ta’lim
 
(بشرى الكريم بشرح مسائل التعليم) merupakan
sebuah karya fiqh dalam mazhab al-Syafi’i. Kitab ini disusun oleh Syaikh Sa’id
bin Muhammad Ba ‘Ali Ba’asyan al-Daw’ani al-Hadhrami [1270H], sebagai huraian (syarah)
bagi kitab 
Masa-il al-Ta’lim[1],
iaitu sebuah karya al-‘Allamah Jamaluddin Abdullah bin Abdul Rahman Bafadhal
al-Sa’di al-Hadhrami (850-918H). 
Sebenarnya, Syaikh Sa’id  Ba’asyan al-Hadhrami menyusun kitab Busyra
al-Karim ini sebagai ringkasan bagi sebuah karya beliau yang lain yang berjudul
al-Mawahib al-Saniyyah bi Syarh
al-Muqaddimah al-Hadhramiyyah (
المواهب السنية بشرح
المقدمة الحضرمية
).

Kitab Busyra al-Karim ini lebih terkenal sebagai
syarah kitab Masa-il al-Ta’lim berbanding kitab al-Mahawahib al-Saniyyah,
kerana ia telah dicetak dan diiterbitkan untuk bacaan dan rujukan para ulama
dan penuntut ilmu.

Berdasarkan kitab Busyra al-Karim yang
diterbitkan (cetakan 1 – 2004/1425) oleh Dar al-Minhaj, ia dicetak dalam satu
jilid dengan 718 halaman. Kitab ini dalam bentuk file PDF boleh dimuat turun di 
sini /sini.
Semoga
bermanfaat.

[1] Ia juga dikenali sebagai al-Muqaddimah al-Hadhramiyyah.


, Terimakasih telah mengunjungi Keimanan.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.

Most Popular

To Top