al-Syawkani

Bustan al-Ahbar Mukhtashar Nail al-Authar

Kitab Bustan
al-Ahbar Mukhtashar Nail al-Authar  (
بستـان الأحبـار
مختصر نيـل الأوطـار
) merupakan karya Syaikh Faishal bin ‘Abdul ‘Aziz
Alu Mubarak (1958M), seorang ulama terkenal Jami’ al-Azhar al-Syarif Mesir pada
masanya. 

Kitab Bustan al-Ahbar  disusun sebagai ringkasan bagi Kitab Nail
al-Authar (
نيـل الأوطـار), karya Imam Muhammad ‘Aliy al-Syawkani, iaitu sebuah kitab yang
menghuraikan (syarah) hadis-hadis hukum yang terdapat dalam kitab yang disusun
oleh Imam Syaikh al-Islam Majduddin Abu al-Barakat  Abdul Salam Ibn
Taymiyyah (728H)  yang berjudul 
Muntaqa al-Akhbar Min Ahadits Sayyid al-Akhyar. Hadis-hadis yang terdapat dalam kitab ini bersumber
dari Kitab hadits Shahih al-Bukhari, Shahih Muslim, Musnad Imam Ahmad, Jami’
Abi Isa al Tirmidzi, Kitab Sunan Abi Abdurrahman al-Nasa-i, Kitab Sunan Abi
Daud al-Sijistani dan Kitab Sunan Ibnu Majah al-Qazwini.

Bilangan hadis yang terdapat dalam kitab Bustan al-Ahbar adalah sebanyak 5029
buah, iaitu sama dengan jumlah hadis yang disyarah oleh al-Syawkani dalam Kitab
Nail al-Authar. Ketika meringkaskan kitab Nail al-Authar, Syeikh Faishal tidak
mengurangkan jumlah hadis yang terdapat dalam  kitab asalnya. Ini
berbeza dengan kitab mukhtashar (ringkasan) yang lain, yang kebiasaannya
mengurangkan jumlah hadis dari kitab asalnya dengan memilih sebahagian hadis
yang mewakili tajuk atau bab tertentu dan meninggalkan yang lain. Keringkasan
yang dilakukan oleh Syaikh Fayshal dalam Kitab Bustan al-Ahbar ialah dengan
meringkaskan huraian (syarah) yang dilakukan oleh al-Syawkani. Beliau hanya
memilih huraian-huraian yang dianggapnya lebih penting dalam menjelaskan
sesuatu hadis.

Setelah
diringkaskan, berdasarkan edisi ‘Arabnya Kitab Bustan al-Ahbar ini diterbitkan
dalam 2 juzuz yang agak tebal.  Sedangkan kitab asalnya Nail
al-Authar disusun oleh al-Syawkani dalam 8 juzuz.


Terjemahan
Kitab Bustan al-Ahbar


Kitab Bustan al-Ahbar ini ada diterjemahkan dalam
bahasa Melayu/Indonesia. Di sini saya hanya ingin menyentuh secara ringkas
mengenai buku terjemahan Bustan al-Ahbar yang terdapat dalam koleksi saya.

  1. Judul Buku;  Di
    bahagian atas kulit (cover)nya, ditulis dengan dengan huruf ‘Arab  
    مختصر نيـل الأوطـار, manakala di bawahnya ditulis ‘ Terjemahan Nailul Authar
    ’. Di bawahnya lagi ditulis ‘Himpunan Hadits-Hadits Hukum’.
  2. Penterjemah; Kitab
    ini telah diterjemahkan oleh panel yang terdiri daripada A. Qadir Hasan,
    Mu’ammal Hamidy, Drs. Imron AM dan Umar  Fanany B.A.

  3. Bilangan Jilid;
    Dicetak dalam 6 jilid (6 buah buku) dengan jumlah halaman keseluruhannya
    sebanyak 3239.

  4. Penerbit: Buku ini
    asalnya diterbitkan oleh P.T. Bina Ilmu, Surabaya, Indonesia. Manakala
    buku dalam koleksi saya ini diterbitkan oleh Victory Agencie, Kuala
    Lumpur, dengan cetakan pertama 1994.

  5. Di pengantar buku
    terjemahan Ringkasan Nail al-Authar ini, penterjemah nampaknya telah
    tersilap atau terkeliru apabila menyebutkan nama penyusun Kitab Muntaqa
    al-Akhbar ialah Syaikh al-Islam Taqiyuddin Ibn Taimiyyah
    atau nama sebenarnya 
    Taqiyuddin Abu al-‘Abbās
    Ahmad ibn ‘Abdul Halīm ibn ‘Abdul Salām Ibn Taimiyyah al-Harrānī (1263 –
    1328M). Sedangkan penyusun sebenar kitab ini ialah datuk beliau, iaitu Majduddin 
    Abu al-Barakat ‘Abdul Salam bin Abdullah ibn Taymiyyah
    al-Hanbali (meninggal dunia pada tahun 728H/1255M).

Tambahan; 

1.  Untuk
faedah bersama,  baru-baru ini saya  mendapati kitab
terjemahan ini  ada dipaparkan dalam bentuk blog. Anda boleh
melayarinya di pautan berikut; Nailul
Authar
  «Himpunan Hadits Hukum 
(http://nailulauthor.wordpress.com/).

2.    Buku
terjemahan ini juga boleh didownload dengan mengklik pada pautan (mengikut
jilidnya) berikut: – Jilid 1, Jilid 2, Jilid
3, Jilid 4, Jilid 5.
 Hanya ada 5 Jilid sahaja.
Untuk membukanya gunakan aplikasi DJVUView. Kalau belum ada silakan download disini.  

3.     
Muat
turun kitab Bustan al-Ahbar di pautan  بستـان الأحبـار.

4.     
Untuk
memuat turun kitab Nail al-Authar klik pautan  نيـل الأوطـار.  

Semoga
bermanfaat.


, Terimakasih telah mengunjungi Keimanan.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.

Most Popular

To Top