Jumaat, 03Rabiul Awal 1444H : Berselawat Tuntutan Mukmin
عَنْ كَعْبِ بْنِ عُجْرَة قَالَ: لَمَّا
نَزَلَتْ: {إِنَّ اللَّهَ وَمَلائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا
أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا} .
قَالَ: قُلْنَا: يَا رَسُولَ اللَّهِ قَدْ عَلِمْنَا السَّلَامَ فَكَيْفَ
الصَّلَاةُ عَلَيْكَ “قُولُوا: اللَّهُمَّ صِلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى
آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ
إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ. وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى
آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ
إِبْرَاهِيمَ. إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ”. وَكَانَ عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ
أَبِي لَيْلَى يَقُولُ: وَعَلَيْنَا مَعَهُمْ.
Daripada Ka’b ibnu
Ujrah berkata, bahawa ketika ayat ini diturunkan :” Sesungguhnya Allah
dan Malaikat-Nya berselawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman,
berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan
kepadanya.” (Al-Ahzab: 56)
Lalu kami bertanya, “Wahai Rasulullah,
sesungguhnya kami telah mengetahui bagaimana cara mengucapkan salam
penghormatan kepadamu. Maka bagaimanakah caranya mengucapkan selawat
untukmu?”
Rasulullah SAW. menjawab: Ucapkanlah, “Ya Allah, limpahkanlah
selawat buat Muhammad dan keluarganya, sebagaimana telah Engkau
limpahkan selawat buat Ibrahim dan keluarganya. Sesungguhnya Engkau Maha
Terpuji lagi Mahamulia. Dan limpahkanlah berkah buat Muhammad dan
keluarganya sebagaimana telah Engkau limpahkan berkah buat Ibrahim dan
keluarganya. Sesungguh¬nya Engkau Maha Terpuji lagi Mahamulia.”
Dan
Abdur Rahman ibnu Abu Laila mengatakan, “Dan semoga dilimpahkan pula
kepada kami disertakan dengan mereka.”
(HR Bukhari No: 2497) Status:
Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW adalah suatu yang dituntut kepada setiap Mukmin.
2.
Abul Aliyah telah mengatakan bahawa yang dimaksud dengan selawat dari
Allah ialah pujian-Nya kepada Nabi SAW. Selawat dari para malaikat ialah
doa mereka untuknya.
3. Sufyan As-Sauri mengatakan bahawa
selawat dari Allah adalah rahmat-Nya, dan selawat dari para malaikat
adalah permohonan ampun bagi yang bersangkutan.
4. Rasulullah
SAW mengajarkan cara berselawat ke atas baginda. Seafdhal-afdhal selawat
adalah selawat yang biasa dibaca semasa tasyahud akhir setiap solat
(Mustika Hadis 1/259) atau yang dipanggil selawat Ibrahimi:
اللَّهُمَّ
صِلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى
إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ. وَبَارِكْ
عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى
إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ. إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ
5.
Setiap Mukmin dituntut berselawat setiap kali menyebut, mendengar atau
menulis nama Nabi Muhammad SAW, ganti namanya atau pangkat kerasulan
dan kenabian Baginda SAW. Antaranya dengan lafaz:
– صَلَّي اللهُ عَلَيْهِ وَ سَلَّمَ
Atau
– عَلَيْهِ الصّلاَةُ وَالسَّلاَمُ
Marilah kita memperbanyakkan selawat ke atas Rasulullah SAW. Abi Umamah berkata Rasulullah bersabda:
أَكْثِرُوا
عَلَيَّ مِنَ الصَّلاةِ فِي كُلِّ يَوْمِ جُمُعَةٍ فَإِنَّ صَلاةَ
أُمَّتِي تُعْرَضُ عَلَيَّ فِي كُلِّ يَوْمِ جُمُعَةٍ فَمَنْ كَانَ
أَكْثَرَهُمْ عَلَيَّ صَلاةً كَانَ أَقْرَبَهُمْ مِنِّي مَنْزِلَةً
Banyakkanlah
berselawat ke atasku di setiap hari Jumaat kerana selawat umatku
diperlihatkan kepadaku pada setiap hari Jumaat. Maka sesiapa yang paling
banyak selawatnya ke atasku, dialah yang paling dekat kedudukannya
denganku. (Riwayat al-Baihaqi, Sunan al-Kubra, 3/249, no. 5791) Status:
Hadis Hasan

, Terimakasih telah mengunjungi Keimanan.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.








