

Dikisahkan bahawa seorang ahli maksiat daripada Bani Israil ketika dia mati, mayatnya telah dicampak atau dibiarkan sahaja oleh kaumnya (yakni kaumnya enggan menguruskan jenazahnya kerana menurut mereka dia adalah seorang fasiq yang tidak harus diurus jenazahnya). Maka Allah telah mewahyukan kepada Nabi Musa `alaihis salam supaya baginda memandikan mayatnya dan menyembahyangkannya dan Allah berfirman kepada Nabi Musa ``alaihis salam: ” Sesungguhnya Aku telah memberi keampunan kepadanya.” Nabi Musa `alaihis salam bertanya: “Ya Tuhan, apakah sebabnya bagi yang sedemikian?” Allah berfirman: “Bahawasanya pada satu hari dia telah membuka kitab Taurat dan mendapati dalamnya akan nama Muhammad shallaAllahu `alaihi wa sallam, lalu dia mengucapkan sholawat ke atasnya, maka sebab itulah Aku mengampunkannya.”

Allahu …. Allah…. ini bukan kisah mistik yang dilaporkan dalam majalah picisan. Ini adalah kisah yang diceritakan oleh para ulama yang muktabar. Ingat sekali lagi bahawa, bukanlah mustahil bagi Allah ta`ala yang berkuasa mutlak untuk membukakan pintu rahmat dan taubatnya kepada seseorang hanya kerana bershalawat. Oleh itu, jangan kita remehkan sesuatu amal kebajikan sekecil apa pun dia, kerana mungkin di situ letaknya pandangan rahmat Allah `azza wa jalla kepada kita. Begitu juga, jangan dipandang ringan sesuatu maksiat, kerana mungkin maksiat yang kecil itu jadi penyebab kita terperosok ke neraka, na`udzubillah tsumma na`udzubillah. Sentiasalah berusaha untuk tetap istiqamah atas ketaatan dan menjauhi segala kemaksiatan, mudah-mudahan mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat.

, Terimakasih telah mengunjungi Keimanan.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.