Asna al-Mathalib

ASNA AL-MATHALIB (أسنى المطالب)

Kitab Asna
al-Mathalib Syarh Rawdh al-Thalib
 
(أسنى المطالب شرح روض الطالب ) merupakan sebuah karya fiqh
mazhab al-Syafi’i yang di
susun oleh Syaikh
al-Islam, al-Qadhi Zaynuddin
  Abu Yahya
Zakariya bin Muhammad bin Ahmad al-Anshari al-Sunaiki al-Mishri (823-926H).


Kitab Asna al-Mathalib ini disusun sebagai
huraian (syarah) bagi kitab Rawdh
al-Thalib
  (
روض الطالب), karya al-‘Allamah
Ismail bin Abu Bakr Abdullah al-Muqri al-Yamani (837H), yang terkenal dengan
gelaran Ibn al-Muqri. Kitab Rawdh
al-Thalib
pula merupakan ringkasan (mukhtashar) bagi kitab Rawdhah al-Thalibin , iaitu sebuah
kitab karya al-Imam Muhyiddin Abu Zakariyya Yahya in Syaraf al-Nawawi (676H).


Manakala kitab al-Rawdhah al-Thalibin atau terkenal
dengan judul ringkas “al-Rawdhah
pula merupakan sebuah ringkasan (muktashar) yang diakukan oleh Imam al-Nawawi
terhadap kitab ‘Aziz Syarh al-Wajiz
(al-Syarh al-Kabir)
karya Imam Abu Qasim Abdul Karim bin Muhammad al-Rafi’i
(557-623H).


Sedangkan kitab al-‘Aziz Syarh al-Wajiz (العزيز شرح الوجيز) karya Imam al-Rafi’i pula
adalah sebuah kitab huraian (syarah) bagi kitab
 al-Wajiz fi Fiqh Mazhab al-Imam
al-Syafi’i
karya Hujjatul Islam al-Imam Abu Hamid al-Ghazali (505H), iaitu
sebuah kitab ringkas dan padat yang menghimpunkan rumusan al-Ghazali terhadap
pendapat-pendapat tokoh fuqaha al-Syafi’i sebelumnya dalam beberapa masalah
fiqh.


Begitulah susur galur penyusunan
kitab Asna al-Mathalib karya Syaikhul
Islam Zakariyya al-Anshari yang dapat diterangkan secara ringkas dalam catatan
ini.


Kitab Asna al-Mathalib ini boleh dimuat turun melalui pautan
berikut;


Jil.1:  http://www.feqhup.com/uploads/144148240669191.pdf

Jil.2: http://www.feqhup.com/uploads/144148240677562.pdf

Jil.3: http://www.feqhup.com/uploads/144148240692163.pdf

Jil.4: http://www.feqhup.com/uploads/144148240710064.pdf

Semoga bermanfaat.


, Terimakasih telah mengunjungi Keimanan.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.

Most Popular

To Top