Uncategorized

Amalan Puasa Sunat Bulan Muharam

Khamis, 28 Zulhijjah 1432H: Daripada Abi Hurairah r.a. katanya, telah bersabda Rasullullah s.a.w. yang maksudnya: “Seafdal-afdal puasa selepas Ramadhan ialah puasa pada bulan Allah iaitu bulan Muharram dan seafdal-afdal solat selepas solat fardhu ialah solat malam.” (Riwayat Muslim)

Daripada Ibu ‘Abbas r.a. katanya, telah bersabda Rasullullah s.a.w. maksudnya: “Sesiapa berpuasa pada hari ‘Arafah nescaya terhapus dosanya dua tahun dan sesiapa berpuasa satu hari daripada bulan Muharram maka untuknya setiap sehari (mendapat pahala) 30 hari.” (Dikeluarkan oleh al-Tabrani)

Puasa pada hari ‘Asyura (10 Muharram).Daripada Abi Qatadah r.a. bahawasanya Rasullullah s.a.w. telah ditanya mengenai puasa hari ‘Asyura (yakni hari ke-10 bulan Muharram) maka sabda Baginda s.a.w. yang bermaksud: “Ia akan menghapuskan dosa setahun yang lalu.” (Riwayat Muslim)

Puasa hari Tasu’a (Tanggal 9 Muharram)Ia disunatkan, namun Rasullullah s.a.w. belum sempat mengerjakannya, bagaimanapun Baginda s.a.w. bersabda maksudnya: “Sesungguhnya jika aku hidup pada tahun hadapan, aku akan berpuasa pada 9 Muharram,.” (Riwayat Ahmad dan Muslim)

PERINGATAN :Puasa sunnat pada hari ke-10 Muharram hendaklah digabungkan dengan hari sebelumnya iaitu pada hari ke-9 atau dengan hari selepasnya (yakni hari ke-11) dan lebih baik lagi dikerjakan tiga hari berturut-turut iaitu ke-9,ke-10 dan ke-11. Jika ditunggalkan 10 Muharram sahaja maka hukumnya makruh kerana menyerupai amalan orang Yahudi.

Sabda Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud: “Berpuasalah pada hari ‘Asyura (10 Muharram) dan jangalah menyamai perbuatan orang Yahudi; oleh itu berpuasalah sehari sebelum dan sehari sesudahnya.” (Riwayat Imam Ahmad)


, Terimakasih telah mengunjungi Keimanan.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.

Most Popular

To Top