

Imam Abu Ja’far Ahmad bin Muhammad ath-Thahawi al-Hanafi al-Mishri @ Imam Thahawi rahimahullah dalam matan al-`Aqidah ath-Thahawiyyah halaman 15 dengan jelas menyatakan, sebagai berikut:
Maha Tinggi Allah daripada mempunyai batasan had, mempunyai jarak, jauh dekat, berujung berpangkal, berorgan, berjuzuk, beranggota dan memerlukan peralatan. Dia tidak dicakupi atau diliputi oleh jihat (arah) yang enam ( atas, bawah, kanan, kiri, depan dan belakang) seperti makhluk ciptaan (yakni diliputi arah adalah sifatnya makhluk).”
Maka tidak boleh dinisbahkan atas sebagai arah bagi Allah, cuma dikatakan sedemikian bagi merujuk kepada makanah iaitu status kedudukan pangkat Allah yang Maha Tinggi. Menariknya lagi, pernyataan ini tertera sebelum Imam Thahawi berbicara mengenai Isra` Mi`raj.

Masalah: Jika ditanyai orang, adakah peristiwa mi’raj ini menunjukkan atau menjadi dalil bahawa Allah ta`ala Tuhan yang disembah berada di pihak / arah atas, sehingga Dia menaikkan Nabi ke atas? Jawabnya, peristiwa mi’raj tidak menunjukkan atau menjadi dalil bagi yang sedemikian, bahkan Allah yang Maha Qadim lagi Maha Suci, tiada bagiNya arah dan batas, Dia tidak menyatu dengan makhluk dan tidak juga terpisah daripada mereka (yakni Allah tidak berjarak samada jauh atau dekat). Adalah mustahil untuk mensifatkan Allah dengan bertempat, Allah ta`ala sedia telah wujud sejak azali tanpa tempat dan Dia sekarang wujud seperti wujud yang sebelumnya (yakni sebagaimana sebelum diciptakan makhluk, Allah tidak bertempat, maka berkekalanlah Dia tidak bertempat selepas menciptakan makhlukNya, Maha Suci Allah dari sifat berubah – ubah, bertempat dan berarah). Allah tidak terbeban oleh sesuatu dan tidak diliputi oleh jarak.Jika ditanyai lagi: Lalu apakah yang dimaksud dengan firman Allah dalam surah an-Najm ayat 8: …”Kemudian dia mendekatkan dirinya (kepada Muhammad) sedikit demi sedikit.”…? Maka para ahli tafsir mengatakan bahawa yang mendekat kepada Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam adalah Jibril dalam rupanya yang asli ciptaan Allah……….Ada juga yang mengatakan bahawa yang dimaksudkan adalah kedekatan Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam dengan Allah dari segi kemuliaan dan ketinggian darjat (dunuw karamatan wa manzilatan) (yakni dikatakan Nabi dekat dengan Allah bermaksud kemuliaan dan pangkat kedudukan baginda yang istimewa di sisi Allah sehingga disifatkan sebagai hampir dengan Allah ta`ala, bukannya Allah menduduki atau menempati suatu tempat yang dekat dengan baginda). Ada perbezaan antara “dekat yang berhubung dengan tempat (al-makan)” dan “dekat yang berhubung dengan pangkat kedudukan (al-makanah)……….

, Terimakasih telah mengunjungi Keimanan.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.