Fiqh Syafi_'iyyah

AL-ZUBAD (الزبد)

Matn
al-Zubad
(متن الزبد), juga dikenali dengan kitab Manzhumah Shafwah
al-Zubad
atau Alfiyyah al-Zubad fi al-Fiqh al-Syafi’i merupakan
salah sebuah karya fiqh dalam mazhab al-Syafi’i dalam bentuk puisi (nazam) yang
mengandungi lebih daripada 1,000 bait yang sangat terkenal di seluruh dunia
Islam. Sejak dari dahulu sehingga kini penghafalan Matn al-Zubad diberi
penekanan oleh institusi-institusi tradisional Islam seperti di pondok-pondok
atau pesantren-pesantren.


Matan Zubad adalah hasil karya Syihabuddin Abu al-‘Abbas Ahmad bin al-Husain bin Hasan
bin ‘Ali bin
bin Ruslan al-Ramli
al-Maqdisi al-Syafi’i
(753H -844H). Ulama yang dikenali dengan Ibn
Ruslan
dilahirkan di Bandar Ramlah, Palestin dan wafat di Baitulmaqdis, Palestin.



Dikatakan kitab Matn al-Zubad susunan Ibn Ruslan ini
sebenarnya berasal dari sebuah karya
HibatuLlah
bin Abd al-Rahim al-Barazi (645-738H), iaitu sebuah kitab yang disusun kembali
dari Matn Abu Syuja’ dengan beberapa
penambahan oleh pengarangnya. Wallahu a’lam.

Kandungan Matn al-Zubad;

Secara umumnya
Matn al-Zubad boleh dibahagikan kepada 4 bahagian, iaitu;


1.      
Pendahuluan
(Tamhid)

2.     
Bidang
Aqidah( al-Muqaddimah fi ‘Ilm al-Ushul)

3.     
Bidang
Fiqh: menerangkan mengenai masalah-masalah fiqh menurut mazhab al-Syafi’i, bermula
dengan Kitab al-Thaharah hingga kitab al-Qadha’, iaitu meliputi semua masalah
fiqh yang biasa disentuh oleh para fuqaha. Perbincangan mengenai bidang fiqh
merupakan kandungan utama kitab ini.


4.     
Penutup
(al-Khatimah fi ‘Ilm al-Tashawwuf); diterangkan secara  ringkas mengenai bidang tasawwuf.


Matn al-Zubad
ini telah mendapat perhatian yang tinggi di kalangan ulama fiqh mazhab
al-Syafi’i. Mereka telah menyusun beberapa buah kitab fiqh yang menjadi rujukan
dalam mazhab al-Syafi’i  sebagai syarah
(huraian) Matn al-Zubad. Di antara syarah kitab al-Zubab ialah; 


1.       Ghayah al-Bayan Fi Syarh Zubad ibn Ruslan; karya al-‘Allamah Syamsuddin Muhammad bin Abu al-Abbas Ahmad
al-Ramli.


2.      Mawahib al-Shamad Fi Hall Alfaz al-Zubab; karya Syaikh Ahmad bin Hijazi al-Fasyani.

3.      Ifaadah al-Saadah al-Umad bi Taqrir Ma’ani Nazam al-Zubad ; karya al-‘Allamah al-Sayyid Muhammad bin Ahmad bin ‘Abd al-Baari
al-Ahdal
.

4.      Faidh al-Manan Syarh Zubad Ibn Ruslan; karya al-‘Allamah al-Sayyid Yusuf bin Muhammad al-Bathah al-Ahdal.

5.     
Fath al-Mannan Tarjamah li Shafwah al-Zubad; karya al-Syaikh Daud bin Syaikh Wan
‘Abdullah al-Fathani.


Untuk mengetahui lebih lanjut kandungan Matn
al-Zubad, sesiapa yang berminat boleh mendownload Matn al-Zubad di
Link Download atau  di pautan berikut;

Shamela.ws (bok)   
http://www.islamport.com/isp_eBooks/shf/e-Books/1245.rar 
http://www.4shared.com/file/orZVyvwo/____.html 
http://www.4shared.com/document/BNZ1QBu5/____.html
http://ia341341.us.archive.org/2/items/alfiyat-zobad/alfiyat-zobad.pdf http://www.al7ewar.net/forum/up/uplo0ads/1209393929.zip

Semoga bermanfaat.

, Terimakasih telah mengunjungi Keimanan.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.

Most Popular

To Top