Uncategorized

al-Tafsir wa Mufassirun

Kitab al-Tafsir wa al-Mufasirun merupakan karya Dr. Muhammad al-Sayyid Husain al-Zahabi. Beliau seorang ulama terkenal, yang pernah menjawat sebagai Menteri
Wakaf di Mesir sebelum wafatnya pada tahun 1398H.

Kitab al-Tafsir wa al-Mufassirun merupakan buku
pertama yang membahas secara lengkap metode para mufa
ssir. Ia memuatkan kajian terhadap metode kitab-kitab tafsir yang belum dicetak
ketika itu. Kitab
ini merupakan Risalah D
ukturiyah (Tersis Ph.D) yang
diajukan penulis pada tahun 1365 H atau 1946 M di Kuliyah
Ushuluddin di
Universiti al-Azhar. Kitab ini
kemudian dicetak
 dalam dua jilid, semasa hayat penulisnya. Kemudian selepas kewafatannya satu jilid lagi
telah diterbitkan dengan judul yang sama, sebagai jilid yang ketiga. Jilid yang
ketiga ini, telah disusun dan diedit kembali oleh seorang muridnya berdasarkan
beberapa tulisan beliau yang ditemui selepas kewafatannya. Kandungan jilid
ketiga memuatkan beberapa catatan khusus Dr. al-Zahabi mengenai pentafsiran
golongan Syiah.

Karya Dr. Muhammad Husain al-Zahabi ini, kemudiannya menjadi asas kepada
kemunculan kajian-kajian lain yang berkaitan dengan metod atau manhaj tafsir
para mufassirin. Di bawah bimbingan Dr. al-Zahabi lahirlah kitab-kitab bermutu
seperti Kitab
al-Qurtubi
wa
Manhajuhu fi al-Tafsir karya Dr.
al-Qashbi Mahmud Zalath, al-Razi Mufassiran karya Dr. Muhsin Abdul Hamid
al-Iraqi dan Manhaj Ibnu Atiyyah fi
al-Tafsir
kar
ya
Dr. Abdul
Wahab Fayath.

Metode Penulisan kitab
Tafsir wal Mufasirun

Kitab
ini ditulis sesuai dengan ka
edah
penulisan
tesis tahap kedoktoran (Ph.D)
dan b
oleh dilihat dengan jelas ketika membaca kitab tersebut. Berikut dijelaskan kandungan kitab al-Tafsir wa al-Mufassirun
berdasarkan dua jilid asalnya;

Jilid 1

Dalam jilid yang pertama, Dr. al-Zahabi membahas banyak
permasalahan; dalam pendahuluan beliau membahas tentang:

      

1.     
Pengertian Tafsir dan
Takwil serta perbe
zaan
antara keduanya
.

2.     
Tafsir al-Quran dengan
selain Bahasa Arab
.
3.     
Tarjamah Tafsiriyah pada
al-Quran dan pembahasan yang berkaitan
denga
nnya.
Bab
pertama: Membahas tentang
marhalah
pertama
tafsir pada masa Nabi saw
dan para
sahabat, lalu membahas tentang
sumber tafsir pada masa ini
iaitu
al-Quran, Hadits serta Ijtihad dan Isti
nbath, juga membahas tentang Ahli
Tafsir yang terkenal pada masa
sahabat
dan metode tafsir mereka dan yang
terakhir membahas tentang kelebihan
tafsir pada masa Nabi saw dan Sahabat.

Bab
kedua: Membahas tentang
marhalah
kedua
tafsir pada masa tabi’in. Bab ini membahas tentang Madrasah Tafsir pada masa tabi’in iaitu Madrasah
Tafsir di Makkah yang didirikan oleh Ibnu
Abbas, Madrasah Tafsir di
Madinah yang didirikan oleh Ubay bin Ka’ab dan Madrasah Tafsir
di Iraq yang didirikan oleh Ibnu Mas’ud, lalu membahas tentang kelebihan
Tafsir pada masa Tabi’in.

Bab
ketiga: Membahas tentang
marhalah
ketiga
tafsir yang beliau
istilahkan
dengan Ushur al-Tadwin (masa kodifikasi), dalam bab ini dibahas urutan
kodifikasi tafsir, lalu tentang Tafsir bil Ma’tsur dan Israiliyat,
selanjutnya dalam bab ini dibahas sebahagian metode kitab tafsir yang terkenal iaitu:

1.      
Jami’ al-Bayan fi at-Tafsir
al-Quran oleh Imam Thabari
,
2.     
Bahr al-Ulum oleh Samarqandi,
3.     
al-Kasf
wa al-Bayan
an Tafsir al-Quran oleh al-Tsa’labi,
4.     
Ma’alima al-Tanzil oleh al-Baghawi,
5.     
al-Muharrar al-Wajiz fi Tafsir al-Kitab al-Aziz oleh Ibnu Atiyah,
6.     
Tafsir al-Quran al-Adhim
oleh Ibnu Katsir
,
7.     
al-Jawahir
al-Hasan fi at-Tafsir al-
Quran oleh ats-Tsa’alabi,
8.     
al-Duur al-Mantsur fi al-Tafsir
bil Ma’tsur oleh as-Suyuthi
.

Kemudian
pada
fasal selanjutnya membahas
tentang Tafsir bir Ra’yi
al-Mahmud dan kajian tentang metode tafsir
mereka
iaitu:

1.     Mafatih al-Ghaib oleh
Fakhruddien ar-Raazi
,   
2.    Anwar
at-Tanzil wa Asrar at-Takwil oleh al-Baidhawi
     
3.    Madarik at-Tanzil wa Haqaiq
at-Takwil oleh an-Nasafi
,
4.    Lubab at-Takwil fi Ma’ani
at-Tanzil oleh Khazi
5.    al-Bahr
al-Muhith oleh Abi Hayan
,
6.    Gharaib al-Quran wa
Raghaib al-Furqan oleh Yasaburi
7.   
Tafsir al-Jalalain oleh
Jalauddien al-Muhalli dan Jalaluddien as-Suyuthi
,
8.    al-Siraj
al-Munir fi al-I’anah ala Ma’rifati Ba’dhi Ma’ani Kalam Rabbuna
al-Hakim   al-Khabir  oleh Khatib as-Sirbani
9.   Irsyad al-Aql al-Salim ila Mazaya al-Kitab al-Karim oleh Abi Su’ud,10.  
Ruuh al-Ma’ani fi   Tafsir
al-Quran al-Adhim wa as-Sab’u al-Matsani
oleh al-Alusi.

Kemudian
pada
fasal keempat membahas
tentang Tafsir bir Ra’yi al-Madhmum
atau
tafsir dari kelompok sesat:

Pertama:
Muktazilah

Kitab-kitab
Tafsir mereka:

1.    Tanzih al-Quran ‘an
al-Mutha’in oleh al-Qadhi Abdul Jabbar
,
2.   Gharar al-Fawaid wa Durar
al-Qalaid oleh Amali as-Syarif al-Murtadha
,
3.   al-Kasyaf
‘an Haqaiq a
l-Tanzil wa ‘Uyun al-Aqawil
fi Wujuh
la-Takwil oleh al-  Zamakhsyari,

Selesai jilid pertama.

Jilid 2

Jilid
kedua membahas:

Kedua:
Syiah dan kelompok-kelompok pecahannya
.

1. Ia khususkan pada pembahasan Syiah Rafidhah atau Itsna Asairah yang membahas  tentang enam kitab dan
metode Tafsir Syiah
iaitu: Miratul Anwar wa Miskat al-Asrar oleh Maula Abdullatif
al-Kazarani
, Tafsir al-Hasan al-Askari, Majma’ al-Bayan li Ulum al-Quran oleh ath-Thabarsi, As-Shaafi fi Tafsir al-Quran al-Karim oleh Mula Muhsin
al-Kaashi
, Tafsir al-Quran oleh Sayid
Abdullah al-Alawi
, 
Bayan as-Sa’adah fi Maqamat al-Ibadah oleh Sulthan
Muhammad al-Khurasani
.

2. Kelompok al-Ismailiyah (Batiniyah), membahas tentang mauqif
mereka terhadap al-Quran serta takwil mereka.

3.  Kelompok Babiyah dan Bahaiyah, membahas tentang mauqif mereka
terhadap al-Quran serta takwil mereka.

4.  Kelompok Zaidiyah, membahas tentang mauqif mereka terhadap
al-Quran serta takwil mereka.

Ketiga:
Khawarij

     Membahas tentang mauqif kelompok khawarij terhadap al-Quran, selanjutnya
ia bahas salah satu kitab tafsir dari kalangan Khawarij
iaitu Haiman
al-Zaad ila Daar al-Ma’ad oleh Muhammad Yusuf Athfis, salah seorang
mufasir dari kalangan Khawarij yang berasal dari lembah Mizab di pegurunan
Jazair, ia wafat pada tahun 1332 H.

Pada
fasal selanjutnya, fasal kelima, membahas tentang Tafsir Sufi dan
metode
tafsir mereka seperti metode
tafsir Ibnu Arabi kemudian membahas
Tafsir Isyari dan seba
hagian kitab-kitab mereka:

       1. Tafsir
al-Quran al-Adhim oleh at-Tusturi
,
       2. Haqaiq
at-Tafsir oleh al-Silmi
       3. ‘Arais
al-Bayan fi Haqaiq al-Quran oleh Abi Muhammad as-Sairazi
       4. al-Takwilat
an-Najmiyah oleh Najmuddien Dayah dan Ala’ ad-Daulah as-Samnani
       5. Tafsir
Ibnu Arabi

Fasal keenam membahas tentang Tafsir Filsafat dan metode tafsir mereka
dalam dua puluh lembar dan beliau sebutkan contoh Tafsir Filsafat dan
metodenya seperti al-Farabi dan Ibnu Sina.

Fasal ketujuh membahas tentang Tafsir Fuqaha’ sekitar lima puluh halaman,
berbicara tentang perkembangan Tafsir Fiqih ayat-ayat hukum pada setiap
mazhab fiqih. Dan membahas enam kitab Tafsir tentang Ahkam al-Quran
, iaitu;
1.      
Ahkam al-Quran oleh
al-Jashash al-Hanafi
,
2.     
Ahkam al-Quran oleh Kaya
al-Hirasyi as-Syafi’i,
3.     
Ahkam al-Quran oleh Ibnul
Arabi al-Maliki
4.     
al-Jami’
li Ahkamal-Quran oleh al-Qurtubi al-Maliki
,
5.     Kanzul Irfan fi Fiqh al-Quran oleh Miqdad al-Suyuri al-Rafidhi
dari
kalangan Imamiyah Itsna Asairah
,
6.    
al-Tsamarat
al-Yani’ah wa al-Ahkam al-Wadhihah al-Qathi’ah

oleh Yusuf
ats-Tsalai az-Zaidi dari kalangan Zaidiyah
.

Fasal kelapan membahas tentang Tafsir Ilmi dalam enam belas halaman, ia
sebutkan pendapat ulama terdahulu dan ulama sekarang kemudian ia sebutkan
ikhtiyarnya dan menolak tafsir ilmi seperti yang dirajihkan oleh Imam
al-Syatibi.

Kemudian
kitab ini ditutup dengan pembahasan tentang corak tafsir pada
masa modern,
pembahasan ini menghabiskan
sekitar seratus dua puluh halaman,
beliau sebutkan beberapa kitab tafsir:
1.   al-Jawahir
fi Tafsir al-Quranal-Karim oleh Syaikh Thanthawi Jauhari,
Syaikh Dr. al-Zahabi telah mengkritik dengan keras kitab ini.
2.  Kitab al-Hidayah wa
al-Irfan fi Tafsir al-Quran bil Quran, beliau
contohkan ki
tab ini sebagai kitab Tafsir
Ilhadi
,
3.  Berbicara tentang metode
tafsir Syaikh Muhammad Abduh
,

4.  Berbicara tentang metode
tafsir Muhammad Rasyid Ridha
,
5.  Berbicara tentang Syaikh
Muhammad Mustafa al-Maraghi, pembahasan ini
mengakhiri kitab Tafsir wal Mufa
ssirun.


, Terimakasih telah mengunjungi Keimanan.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.

Most Popular

To Top