Uncategorized

al-Sirr al-Mashun fi Nazm al-Jawhar al-Maknun Fi Bayan al-Wajib wa al-Masnun

 

Kitab al-Sirr al-Mashun fi Nazm
al-Jawhar al-Maknun  Fi Bayan al-Wajib wa
al-Masnun
 (السر المصون في نظم الجوهر المكنون في بيان الواجب والمسنون)
atau  Manzumah al-Jawhar al-Maknun Fi
Bayan al-Wajib wa al-Masnun
(منظومة الجوهر المكنون فى
بيان الواجب والمسنون
) merupakan sebuah kitab fiqh mazhab
syafi’i dalam bentuk nazam yang disusun oleh Syeikh Ahmad al-Musyairifi (المشيرفي) al-Syafi’i. Tahun kelahiran dan kewafatan beliau
tidak dapat dipastikan, namun begitu beliau masih hidup sekitar tahun 1286H.

Kitab ini disusun berdasarkan
kitab Jawhrar al-Maknun Fi Bayan al-Wajib wa al-Masnun (الجوهر المكنون في بيان الواجب والمسنون), iaitu sebuah karya
guru beliau yang bernama Syeikh al-Abyari[1].

Kitab al-Sirr al-Mashnun ini,
kemudiannya telah dihuraikan pula
melalui sebuah karya yang berjudul al-Fath al-Maimun Fi Syarh al-Sirr al-Mashun
fi Nazm al-Jawhar al-Maknun Fi Bayan al-Wajib wa al-Masnun (الفتح الميمون في شرح السر المصون في نظم
الجوهر المكنون في بيان الواجب والمسنون على مذهب الإمام الشافعي
)[2].

Manuskrip kitab ini boleh dimuat turun di pautan 
https://www.alukah.net/library/0/80947/  atau
juga di pautan 
السر المصون في نظم الجوهر المكنون في بيان الواجب والمسنون)

Semoga bermanfaat.


[1]
Gelaran guru beliau ini ada disebutkan di awal nazam beliau ini. Namun saya
tidak pasti nama sebenar guru beliau tersebut. Dari pencarian saya di antara
ulama terkenal dari Mesir yang mempunyai gelaran al-Abyari yang hidup sezaman
dengan Syeikh Ahmad al-Musyairifi ialah al-‘Allamah al-Syaikh Abdul Hadi Naja bin Ridhwan Naja bin Muhammad
al-Abyari al-Syafi’i al-Misri (1236H/1821M-1305H/1888M). Adakah beliau yang
dimaksudkan oleh Syeikh Ahmad al-Musyairifi?. Wallahu a’lam.

[2] Tidak
dapat dipastikan penyusun sebenar kitab ini. Namun begitu berdasarkan sumber di
pautan almoqtabasmanuscripts
dicatatkan ia disusun oleh Syeikh Ahmad
al-Musyairifi sendiri.


, Terimakasih telah mengunjungi Keimanan.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.

Most Popular

To Top