muqaddimah

AL-MUQADDIMAH (المقدمة)


Dalam catatan ini akan
disenaraikan nama-nama kitab yang terkenal di kalangan ulama sebagai al-Muqaddimah
(
المقدمة). Insya Allah akan ditambah lagi  kitab-kitab lain. Semoga bermanfaat.


1. al-Muqaddimah
al-Hadhramiyyah Fi Fiqh al-Sadat al-Syafi-‘iyyah (
المقدمة الحضرمية في فقه السادة الشافعية) adalah merupakan sebuah kitab fiqh dalam
mazhab Syafi’i yang disusun oleh al-Imam al-‘Allamah Jamaluddin Abdullah bin
Abdul Rahman Bafadhal al-Sa’di al-Hadhrami (850-918H). Kitab ini juga dikenali
dan disebut dalam kitab-kitab fiqh mazhab al-Syafi’iyyah dengan judul yang
lain, iaitu Masa-il al-Ta’lim (
مسائل التعليم),
Muqaddimah Bafadhal (
بافضل مقدمة) atau Mukhtashar Bafadhal (مختصر بافضل) dan
al-Mukhtashar al-Kabir (
المختصر الكبير). Baca lagi …

2.   Muqaddimah
Ibn Khaldun (
مقدمة ابن خلدون) adalah sebuah karya
terkenal al-Allamah Ibnu Khaldun atau nama penuhnya Abdul Rahman bin Muhammad
bin Khaldun (1332-1406M). Kitab ini sebenarnya merupakan sebuah muqaddimah
(pengantar) bagi kitab karya Ibn al-Khaldun yang lebih besar yang berjudul al-‘Ibrar,
wa Diwan al-Mubtada’ wa al-Khabar, fi Ayyam al-‘Arab wa al-‘Ajam wa al-Barbar,
wa man Asharuhum min Dzawi  al-Sulthan
al-‘Akbar
. Uniknya, pengantar kitab inilah yang justru lebih dikenali
berbanding dengan buku aslinya. Buku pengantar yang berjudul al-Muqaddimah ini
menjadikan nama Ibnu Khaldun begitu harum. Baca lagi…

3.   Muqaddimah
Fath al-Bari (
مقدمة فتح الباري) atau judul asalnya
Hadyu al-Sari (
هدي الساري) merupakan pengantar bagi kitab Fath
al-Bariy bi Syarh Shahih al-Bukhari (
فتح الباري في شرح صحيح البخاري ), karya al-Imam al-Hafizh Abu al-Fadhl Ahmad bin Ali bin
Muhammad bin Muhammad bin Hajar al-‘Asqalani al-Mishri (773-852H). Kitab Fathul
Bari pula adalah kitab syarah (huraian) bagi kitab Shahih al-Bukhari yang
paling baik dan paling lengkap. Baca lagi….

4.  Muqaddimah
al-Zahidi (
مقدمة الزاهدي)  atau lebih dikenali dengan judul al-Sittin
Mas-alah (
الستين مسألة) merupakan
satu kitab fiqh mazhab Syafi’i yang ringkas, yang menghimpunkan enam puluh
masalah agama yang perlu diketahui oleh umat Islam. Kitab ini merupakan hasil
karya al-Imam al-‘Alim Abu al-‘Abbas Ahmad al-Zahid (819H), seorang  yang terkenal dengan kesalihannya dan banyak
beribadat. Baca lagi….

5.  al-Muqaddimah fi al-Fiqh (المقدمة في الفقه) merupakan sebuah karya fiqh yang ringkas yang disusun
berdasarkan Mazhab al-Syafi’i. Kitab ini disusun oleh al-Imam Jalaluddin Abdul
Rahman bin Abu Bakr al-Suyuthi (849-911H). 
Baca lagi…
6.  Muqaddimah Ibnu al-Shalah (مقدمة ابن الصلاح) atau judul asalnya Ma’rifah Anwa’ ‘Ulum al-Hadis (  معرفة أنواع  علوم الحديث ) adalah sebuah kitab utama dalam bidang Mustalah al-Hadith
yang disusun oleh al-Imam al-Hafizh Taqiyuddin Abu ‘Amru Utsman bin Abdur
Rahman (577-643H), yang terkenal dengam gelaran Ibn al-Shalah. 
Baca lagi…


7.  Kitab
al-Muqaddimah al-Jazariyyah (
المقدمة الجزرية)
adalah sebuah karya Imam Muhammad bin Muhammad bin Muhammad bin Ali bin Yusuf
al-Jazari al-Syafi’i (833H), yang terkenal dengan gelaran Ibnu al-Jazari. Kitab
yang disusun dalam bentuk bait-bait syair ini merupakan salah satu karya utama
di dalam disiplin ilmu Tajwid. Baca lagi…
 

    8.     
 
    9.     
 


, Terimakasih telah mengunjungi Keimanan.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.

Most Popular

To Top