Fiqh al-Zhahiri

al-Muhalla karya fiqh Imam Ibn Hazm al-Andalusi

Kitab al-Muhalla ( المحلى ) atau judul sebenarnya al-Muhalla fi Syarh al-Mujalla bi al-Hujaj wa al-Atsar  merupakan karya Imam
Ibnu Hazm al-Andalusi rahimahullah (456H), yang juga dikenali sebagai imam
dalam mazhab Zhahiri. al-Muhalla merupakan sebuah karya besar dalam bidang fiqh
yang terbilang masyhur namun jarang sekali dikenali masyarakat hari ini. Ibnu
Hazm menghimpunkan dan menghuraikan pelbagai permasalahan dalam bidang fiqh
melalui kitabnya yang cukup unik ini.
Ibnu Hazm memulakan perbahasannya
dengan perbahasan Tauhid kemudian barulah dimulakan dengan memasuki perbahasan
fiqh.
 
Imam Izzuddin bin ‘Abdul Salam berkata,
Ibnu Hazm termasuk ulama mujtahid,
aku tidak pernah melihat kitab yang membicarakan hal-ehwal fiqh Islam seperti
kitab al-Muhalla karya Ibnu Hazm dan kitab al-Mughni karya Ibnu Qudamah
al-Maqdisi
.” 
 
Imam al-Dzahabi rahimahullah berkata, “Apa yang dikatakan oleh Imam ‘Izzudin bin ‘Abdusl Salam adalah benar,
dan kitab ketiga setelah kedua kitab tersebut adalah Sunan al-Kubra karya
al-Baihaqi rahimahullah, manakala yang ke-empat adalah al-Tamhid karya Imam
Ibnu ‘Abdil Barr rahimahullah. Sesiapa yang mampu mendapatkan kitab-kitab ini
dan dia termasuk mufti yang bijaksana lagi faqih. Jika dia segera mempelajarinya,
maka dia akan menjadi orang yang benar-benar faqih
.”
 
Terjemahan
Kitab al-Muhalla;
 
Kitab al-Muhalla ini telah diterjemahkan dalam
bahasa Indonesia dan telah diterbitkan oleh Pustaka Azzam, Indonesia. Kitab
yang diterjemahkan ini berdasarkan Kitab al-Muhalla yang telah ditahqiq oleh
Syeikh Ahmad Muhammad Syakir r.h.
 
Kitab al-Muhalla boleh didownload di pautan berikut:
http://www.waqfeya.com/book.php?bid=3635

, Terimakasih telah mengunjungi Keimanan.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.

Most Popular

To Top