al-Miftah fi al-Fiqh al-Syafi’i

AL-MIFTAH FI AL-FIQH AL-SYAFI’I (المفتاح في الفقه الشافعي)


Kitab al-Miftah fi al-Fiqh al-Syafi’i (المفتاح في الفقه الشافعي) adalah antara
karya fiqh dalam mazhab Syafi’i, yang disusun oleh al-Imam al-Qadhi Abu
al-‘Abbas, Ahmad bin Abu Ahmad al-Thabari al-Baghdadi al-Syafi’i (335H/946M),
yang  terkenal dengan gelaran Ibn
al-Qash. Beliau merupakan seorang tokoh utama mazhab Syafi’i pada zamannya, di
mana para ulama mazhab Syafi’i telah memasukkan beliau dalam kategori para
Mujtahid al-Muqayyad atau Ashab al-Wujuh, iaitu martabat yang ketiga dalam
susunan para ulama mazhab.

Kitab al-Miftah adalah antara karya Ibn al-Qash yang
terkenal dalam bidang fiqh Syafi’i selepas karya beliau yang berjudul al-Talkhish
(
التلخيض). Kitab ini telah
mendapat perhatian dan rujukan  para
ulama terkemudian. Di antara ulama yang telah menghuraikan kitab al-Miftah
ialah;

a)   al-Qadhi Abu ‘Ali,
al-Hasan bin Muhammad bin al-‘Abbas al-Zujaji al-Thabari (447H), melalui
kitabnya yang berjudul  Ziyadat al-Miftah  atau juga dikenali dengan judul al-Tahzib. Beliau adalah murid kepada
Ibn al-Qash.

b)      Abu Mansur Abdul Qahhar
bin Thahir bin Muhammad al-Baghdadi (429H).

c)       Abu al-Khair al-Maqdisi,
Salamah bin Ismail bin Jama’ah (480H).

d)      Muhammad bin Abdul Malik
bin Khalaf, Abu Khalaf al-Sulma al-Thabari (470H).


Sekadar
ini sahaja, maklumat yang diperolehi mengenai kitab
al-Miftah karya Ibn al-Qash ini. Saya belum mendapat maklumat mengenai
kewujudan manuskrip atau versi cetakan bagi karya ini. 



Semoga bermanfaat.

, Terimakasih telah mengunjungi Keimanan.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.

Most Popular

To Top