Uncategorized

al-Lum’ah fi Khasha-ish Yawm al-Jumu’ah

Kitab
yang ingin dikongsi bersama pembaca kali ini adalah sebuah kitab yang agak
nipis yang berjudul al-Lum’ah fi
Khasha-ish Yawm al-Jumu’ah (
اللمعة في خصائص يوم
الجمعة ).
Ada juga dicetak dengan judul Nur al-Lum’ah fi Khasha-ish al-Jumu’ah (
نور اللمعة في خصائص الجمعة ). Kitab ini disusun oleh
al-Hafiz Jalaluddin Abdul Rahman bin Abu Bakr al-Suyuthi (911H).

Dalam
kitab ini, Imam al-Suyuthi telah menghimpunkan sebanyak 100 keistimewaan  malam dan hari Jumaat. Kata Imam al-Suyuthi dalam
pendahuluan kitab ini;



Sesungguhnya al-Ustaz Syamsuddin Ibn al-Qayyim
[1]
telah menyebut di dalam kitabnya al-Huda
[2]
bahawa hari Jumaat mempunyai lebih daripada dua puluh keistimewaan. Namun
begitu terdapat banyak lagi keistimewaan yang tidak disebut oleh beliau. Oleh
itu, saya merasa perlu menyebutkan beberapa keistimewaannya lagi di dalam buku
kecil ini berserta dengan dalil-dalilnya secara ringkas. Saya telah berhasil menghimpunkannya
sebanyak 100 keistimewaan. Allah sahaja yang memberi tawfiq


Antara
lain buku ini menjelaskan bahawa Jumaat adalah Hari Raya mingguan bagi umat
Islam, Neraka Jahannam tidak menggelegak dan pelupusan dosa pada hari Jumaat,
orang yang mati pada malam atau siang hari Jumaat selamat daripada seksa kubur,
segala roh berkumpul pada hari Jumaat, ia adalah hari pengampunan, hari
pembebasan dan juga mempunyai ketika yang mustajab. 


Untuk mengetahui lebih lanjut apakah keistimewaan-keistimewaan lain dalam buku
ini yang mencapai sehingga 100 kelebihan, teruskan membaca dan meraih ilmu
melaluinya agar kita dapat meningkatkan amal ibadat kita setiap masa
lebih-lebih lagi pada malam dan siang hari Jumaat




Terjemahan kitab al-Lum’ah
fi Khasha-ish Yawm al-Jumu’ah;

Sebagai
perkongsian maklumat, kitab ini ada diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu dengan
judul “ 100 Keistimewaan Malam Dan Hari
Jumaat
”. Buku terjemahan ini diterbitkan oleh Al-Hidayah House Of
Publishers, Selangor dengan kebenaran penerbit asalnya, iaitu Jabatan Mufti
Kerajaan, Negara Brunei Darussalam.


Berdasarkan
kata penerbit dan pengantarnya, buku ini diterjemahkan oleh Dr. Haji Muhammad
Nur Lubis bin Abdul Razak Nur, Pegawai Istinbat Kanan di Jabatan Mufti Kerajaan,
Negara Brunei Darussalam. Karya asalnya dalam bahasa Arab berjudul “
Khushushiyyat Yawm al-Jumu’ah ” karya
Imam Jalaluddin Abdul Rahman al-Suyuthi. Naskhah asal terjemahan ini
diterbitkan oleh Percetakan al-‘Ilm, Damsyik pada tahun 1386-1387H (cet. 2)
bersama huraian dan ulasan oleh al-Ustaz Muhammad Riyadh al-Malih.


Oleh
itu isi kandungan kitab terjemahan ini merangkumi dua karya ulama, iaitu
terjemahan kitab Khushushiyyat Yawm al-Jumu’ah karya Imam al-Suyuthi dan
terjemahan ulasannya karya Ust Muhammad Riyadh al-Malih. Terjemahan karya pertama
diletakkan di bahagian hadapan, manakala terjemahan karya kedua diletakkan di
bahagian akhirnya dalam bentuk nota hujung
[3].


Kitab
al-Lum’ah fi Khasha-ish Yawm al-Jumu’ah (
edisi Arab) boleh dibaca dan dimuat turun di al-Lum’ah fi Khasha-ish Yawm al-Jumu’ah atau  Nur al-Lum’ah fi Khasha-ish al-Jumu’ahBoleh dbaca secara online juga di al-Lum’ah fi Khasha-ish Yawm al-Jumu’ah


Semoga bermanfaat




[1] Beliau ialah Syamsuddin Muhammad bin Abu
Bakar bin Ayyub al-Zar’i al-Dimasyqi (751H). Beliau terkenal dengan gelaran Ibn
Qayyim al-Jawziyyah.
[2] Judul lengkapnya ialah Zad al-Ma’ad fi
Huda Khayr al-‘Ibad.
[3] Buku ini boleh
dibeli secara online di pautan 100 Keistimewaan Malam Dan Hari Jumaat
.

, Terimakasih telah mengunjungi Keimanan.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.

Most Popular

To Top