Kitab al-Khulashah
(الخلاصة) atau
judul penuhnya Khulashah al-Mukhtasar wa Naqawah al-Mu’tashar (خلاصة المختصر ونقاوة المعتصر) adalah sebuah kitab fiqh dalam
mazhab al-Syafi’i. Kitab ini merupakan sebuah karya Hujjah al-Islam Imam Abu
Hamid Muhammad bin Muhammad al-Ghazali al-Thusi (450-505H), atau yang terkenal
dengan gelaran Imam al-Ghazali. Menurut al-‘Allamah al-Sayyid al-Murtadha
al-Zabidi, kitab al-Khulashah juga dikenali dengan judul yang lain,
iaitu Khulashah al-Wasa-il ila ‘Ilm al-Masa-il (خلاصة الوسائل الى علم المسائل)[1].

Menurut Imam
al-Ghazali kitab al-Khulashah ini disusunkan sebagai mukhtashar
(ringkasan) bagi kitab Mukhtashar al-Muzani, iaitu karya Imam Abu Ibrahim Isma’il bin Yahya bin Isma’il
al-Mishri al-Muzani (246H), murid kepada Imam al-Syafi’i.

Ada juga yang
berpendapat kitab ini merupakan ringkasan bagi kitab al-Wajiz, iaitu
sebuah karya al-Ghazali juga[2]. Namun pendapat ini tidak
tepat, kerana kesahihan kitab al-Khulashah sebagai ringkasan kitab Mukhtashar
al-Muzani dinyatakan sendiri oleh al-Ghazali dalam Muqadimah kitab
ini sendiri[3].
Hal ini juga disebutkan oleh al-Ghazali
dalam kitab Ihya’ ‘Ulumiddin – dalam Kitab al-‘Ilm – , ketika menyebutkan maratib
(tingkatan) ilmu[4]
dan juga dalam kitab Jawahir al-Quran[5].

Antara yang dilakukan Imam
al-Ghazali dalam penyusunan kitab al-Khulashah ini;

1. Meringkaskan kandungan kitab Mukhtashar al-Muzani dengan mengambil intipatinya sahaja, tanpa
memasukkan nas (teks) asalnya yang berupa perkataan Imam al-Syafi’i.

2.
Membuat pembahagian bab dan tajuk yang baru.

3.
Membuat tambahan mengenai beberapa permasalahan fiqh yang
tidak terdapat dalam kitab asal.

Catatan mengenai kitab al-Khulashah ini, dinukil secara ringkas dari muqaddimah pentahqiq
kitab al-Khulashah, iaitu Dr. Amjad Rasyid Muhammad ‘Ali. Di mana usaha beliau
mentahqiq kitab ini sebagai memenuhi syarat untuk memperolehi Ijazah Ph.D-nya. Kitab
ini telah diterbitkan oleh Dar al-Minhaj
– Beirut, Lubnan, pada cetakan pertama tahun 2007. Kitab al-Khulashah edisi terbitan Dar al-Minhaj ini
boleh dibaca dan didownload di pautan http://www.feqhweb.com/dan3/uploads/13581697771.pdf.

Semoga bermanfaat.
[1] Ithaf al-Saadah al-Muttaqin, Jil. 1/hal. 273
[2] Perkara ini juga diikuti oleh KH Sirodjuddin ‘Abbas dalam bukunya “ Sejarah Dan Keagungan Madzhab Syafi’i ”. Kenyataan ini,
kemudian telah dipetik dan disebarkan secara meluaskan dalam blog-blog mengenai
karya fiqh mazhab al-Syafi’i.

[3] Lihat Kitab al-Khulashah, terbitan Dar al-Minhaj, halaman 55.
[4] Lihat al-Ihya’ – Jilid 1, halaman 40.
[5] Lihat kitab Jawahir al-Quran, fasal ke 4.
.

, Terimakasih telah mengunjungi Keimanan.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.