al-Khazain al-Saniyyah

AL-KHAZA-IN AL-SANIYYAH (الخزائن السنية)


Kitab
al-Khazâin
al-Saniyyah min Masyâhir al-Kutub al-Fiqhiyyah li Aimmatinâ al-Fuqahâ
al-Syâfi’iyyah
(
الخزائن السنية من مشاهير الكتب الفقهية لإئمتا الفقهاء الشافعية) merupakan
sebuah karya penting yang perlu dimiliki  oleh para ulama dan penuntut ilmu, khususnya
mereka yang mengkaji dan mempelajari 
kitab-kitab fiqh mazhab Syafi’i. Di mana, kitab ini adalah sebuah karya bibliografi
(thabaqât al-kutub) yang menghimpun nama-nama dan data-data kitab fiqh mazhab
Syafi’i beserta pengarangnya. Lebih dari 400 nama kitab fiqh Syafi’i dan
pengarangnya dirangkumkan dalam kitab ini.

Penyusun
(pengarang) kitab ini adalah Syaikh ‘Abd al-Qâdir ibn ‘Abd al-Muthallib
al-Mandîlî al-Jâwî (1904-1965 M), seorang ulama besar fiqh dan hadits yang berasal
dari Nusantara (tepatnya dari Mandailing, Sumatera Utara), yang mendapat
kedudukan sebagai guru di Masjidil Haram, Makkah pada zamannya. Nisbah
“al-Mandîlî” di belakang nama pengarang merujuk kepada daerah asalnya;
Mandailing.

Menurut
al-Mandili, beliau meyusun kitab al-Khazain sebagai rujukan pentela’ah kitab-kitab
mazhab Syafi’i. Di mana, kitab ini dapat memudahkan mereka mentelaah
kitab-kitab fiqh mazhab kerana nama-nama pengarang kitab yang dikandungnya
terkadang masih samar bagi pembaca, serta istilah-istilah yang boleh jadi belum
diketahui oleh pelajar.
Syaikh al-Mandili menjadikan karyanya
ini terdiri dari 8 pasal, iaitu;

         
 a)    
Fasal 1: Nama-nama kitab yang kerap
disebutkan dalam kitab-kitab fiqh Syafi’iyyah. Inilah kandungan utama kitab al-Khazain
al-Saniyyah dan intinya yang paling banyak dihimpunkan oleh penyusun.  
      b)     Fasal 2: Menyenaraikan nama Para ahli fiqh yang 7 (al-Fuqaha
al-Sab’ah) yang berada di Madinah Munawwarah.

      c)      Fasal 3: Nama-nama para Mujaddid umat ini.

     d)   Fasal 4: Nama-nama Ahli Hadits (al-Muhaddits) yang sering
disebutkan dalam kitab-kitab fiqh.

      e)     Fasal 5: Rumuz nama-nama pengarang kitab.

    f)       Fasal 6: Beberapa istilah, iaitu gelaran dan sifat sebahagian
ulama yang sering disebutkan dalam kitab-kitab fiqh Syafi’iyyah seacara khusus,
dan kitab-kitab ilmiah secara umum.

    g)     Fasal 7: Nama-nama golongan yang sesat (al-Firaq), yang
menyalahi Ahli Sunnah wa Jama’ah.

       h)    Fasa 8: Ahli Qiraah yang tujuh (al-Qurra’ al-Sab’ah) beserta
para perawinya.

Bagi
memudahkan rujukan pembaca, semua nama-nama dan istilah yang disebutkan telah
disusun mengikut susunan abjad (alif, ba’ ta’…..).


Kitab
al-Khazain  versi fail PDF boleh dimuat
turun di  sini. Maklumat lanjut mengenai Syaikh Abdul Qadir al-Mandili boleh dibaca di 
sini.

Semoga
bermanfaat.

, Terimakasih telah mengunjungi Keimanan.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.

Most Popular

To Top